Image
A- A A+

Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Baru JKN Sabah (Bukan Pakar)

21 Sep

PENEMPATAN

Untuk mendapatkan penempatan di JKN Sabah bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) yang baru, sila emelkan butiran berikut ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan penempatan akan diberikan melalui emel tersebut. 

Pegawai Perubatan Gred UD41 yang baru tamat Latihan PPS 

Butir-butir: 

1) Nama Penuh:
2) No. Pendaftaran Penuh MMC (sila lampirkan sijil):
3) No. Kad Pengenalan:
4) No. telefon:
5) Tarikh lapor diri:
6) Tarikh Penangguhan (jika ada):
7) Hospital/ Jabatan/ Bidang yang diminati:
8) Peperiksaan yang telah lulus: contohnya MRCP, MRCS dan lain-lain (sila sertakan keputusan di dalam emel) 
9) Tempat Latihan Siswazah:
10) Nyatakan semua posting yang telah dilalui semasa housemenship dan tarikh:
11) Sila lampirkan keputusan SPM.


Pegawai Perubatan Gred UD44-UD54 (bukan Pakar) 

Butir-butir: 

1) Nama Penuh:
2) No. Pendaftaran Penuh MMC (sila lampirkan sijil):
3) No. Kad Pengenalan:
4) No. telefon:
5) Tarikh lapor diri:
6) Tarikh Penangguhan (jika ada):
7) Hospital/ Jabatan/ Bidang yang diminati:
8) Peperiksaan yang telah lulus: contohnya MRCP, MRCS dan lain-lain (sila sertakan keputusan di dalam emel) 
9) Pengalaman tempat dan tarikh bekerja sebagai Medical Officer:
10) Sila lampirkan keputusan SPM.

Sila ambil maklum bahawa emel akan dibalas selepas maklumat yang LENGKAP diperolehi. Penempatan bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) akan diberikan berdasarkan minat pemohon dan kekosongan/keperluan perkhidmatan. Pemohon seharusnya lapor diri ke Bahagian Perubatan, JKN Sabah (Tingkat 3, Rumah Persekutuan) dan Bahagian Pengurusan, JKN Sabah (Tingkat 1, Rumah Persekutuan) pada tarikh kuat kuasa yang disebut dalam surat penempatan KKM. Pemohon tidak digalakkan untuk membeli tiket penerbangan ke destinasi yang seterusnya pada hari yang sama untuk mengelakkan kesuntukan masa. 

RAYUAN PENEMPATAN PTJ (DALAM JKN SABAH)

Rayuan penempatan PTJ Boleh dibuat melalui emel yang sama sebanyak sekali sahaja dengan alasan yang kukuh.
Sila lampirkan dokumen-dokumen yang relevan contohnya laporan perubatan terkini, surat kahwin, surat beranak untuk anak-anak di bawah jagaan. 

RAYUAN PENEMPATAN JKN (PERINGKAT KKM)

Sekiranya rayuan penempatan JKN di peringkat KKM telah berjaya, sila maklumkan ke Bahagian Perubatan JKN Sabah melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENANGGUHAN

Permohonan penangguhan lapor diri boleh berhubung dengan Puan Azlina Binti Osman (Unit Pertukaran dan Perjawatan, Bahagian Pengurusan, JKN Sabah) di talian JKNS (088-512555 ext. 355) atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. 

Sekian untuk makluman dan terima kasih. 

Bahagian Perubatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
 
 
Last modified on Monday, 29 October 2018 07:23

PENAFIAN : JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Hakcipta Terpelihara @ 2018 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768 | Tarikh Kemaskini : 13 Disember 2018