Image
A- A A+

Perkhidmatan Farmasi

25 May

BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI

   
 Tuan Haji Mohd Zamri bin Haji Baharudin
 Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perkhidmatan Farmasi)

 

VISI

 Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.

 

MISI

Misi Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia adalah:

  1. Menguatkuasakan undang-undang dan memperbaharui polisi untuk memastikan produk dan perkhidmatan farmaseutikal adalah berkualiti. 
  2. Memastikan sistem organisasi yang efektif dan responsif ke arah kelestarian perkhidmatan berkualiti.
  3. Membina keupayaan dan profesionalisme menerusi pembangunan bakat dan pemerkasaan tenaga kerja.
  4. Memperhebat kerjasama ke arah mencapai piawaian dan amalan terbaik.

 

OBJEKTIF

1. Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi

  • Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos efektif.
  • Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang lebih baik.
  • Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan terbaik.

2. Bahagian Penguatkuasaan Farmasi

  • Memastikan penjualan, pembekalan, pemilikan dan pengiklanan substans, produk dan kosmetik mematuhi peruntukan undang-undang.

 

3. Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi

  • Membangunkan dasar untuk sektor farmaseutikal selaras dengan keperluan penjagaan kesihatan negara (peringkat Kementerian sahaja).
  • Memastikan pengurusan sumber yang efisien dan cemerlang.

 

SEKSYEN / UNIT

  • Cawangan Pengurusan Farmasi
  • Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi
  • Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri
  • Cawangan Farmasi Logistik Negeri

 

   

Last modified on Friday, 14 December 2018 02:15

PENAFIAN : JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Hakcipta Terpelihara @ 2018 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768 | Tarikh Kemaskini : 13 Disember 2018