Image
A- A A+

Pengurusan

25 May

BAHAGIAN PENGURUSAN

   
Dr. Muharrir bin Kamarudin
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

 

Bahagian ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan melibatkan pengurusan sumber manusia, kewangan, khidmat pengurusan, pembangunan, teknologi maklumat, perolehan, aset dan stor, serta psikologi dan kaunseling bagi memastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai.

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan sumber manusia ditadbir secara efektif dan efisien;
  • Memastikan sumber kewangan diurus dengan telus dan berintegriti;
  • Memastikan hal ehwal pentadbiran am diuruskan dengan cekap dan teratur;
  • Memastikan perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan dilaksanakan secara mampan selaras dengan kehendak stakeholder; 
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan berteraskan penggunaan teknologi maklumat terkini;
  • Memastikan pengurusan perolehan dan aset dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berintegriti;
  • Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk mempertingkatkan kesihatan mental di kalangan anggota kesihatan bagi menggalakkan anggota yang berjiwa dan minda sihat. 

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mengamalkan etika kerja bertanggungjawab, cekap, integriti dan berinovasi.

SEKSYEN/UNIT

 

1. Seksyen Sumber Manusia (SM)

  • Unit Perkhidmatan 
  • Unit Perjawatan & Pertukaran
  • Unit Tatatertib
  • Unit Latihan 
2. Seksyen Kewangan & Khidmat Pengurusan (KP)
  • Unit Kewangan & Akaun
  • Unit Khidmat Pengurusan
3. Seksyen Aset & Perolehan (AP)
  • Unit Perolehan
  • Unit Aset
4. Seksyen Pembangunan (P)
  • Unit Pengurusan Projek dan Kewangan
  • Unit Penyewaan dan Pengurusan Tanah
5. Seksyen Teknologi Maklumat (TM)
  • Unit Pengurusan & Pelaksanaan Aplikasi
  • Unit Pusat Data & Keselamatan ICT
  • Unit Operasi
  • Unit Inovasi & Latihan
6. Seksyen Psikologi & Kaunseling (PK)
  • Unit Penilaian & Pembangunan Personnel
  • Unit Penilaian & Intervensi
  • Unit Audit Dalam 
 
Last modified on Thursday, 13 December 2018 03:37
More in this category: « Perubatan Pengurusan Atasan »

PENAFIAN : JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Hakcipta Terpelihara @ 2018 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768 | Tarikh Kemaskini : 13 Disember 2018