
|
BAHAGIAN PERUBATAN
Dr. Abd. Kahar Bin Abd. Asis Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)
|
|
|
Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertanggungjawab mengkordinasi, menyelaras, memudahcara, memantau pelaksanaan program rawatan perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan serta penggalakan dengan cekap dan berkesan di semua hospital-hospital di Negeri Sabah. |
|
OBJEKTIF
|
|
Memastikan perkhidmatan pengurusan bahagian perubatan dilaksanakan di semua peringkat dengan cekap, berkesan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
|
MISI
|
|
Berusaha memastikan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah berkualiti, cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.
|
OBJEKTIF KHAS
|
- Memastikan pengurusan perubatan klinikal mengikut ‘Clinical Practice Guidline’ yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua anggota diberi peluang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
- Memastikan pengurusan kewangan, perolehan dan pembangunan mematuhi tatacara yang sedia ada.
- Mengumpul, mengolah dan mengeluarkan laporan mengenai data-data yang diterima mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua anggota mempunyai kemahiran asas komputer.
- Memastikan aktiviti kualiti penjagaan pesakit dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua pengamal perubatan swasta mematuhi Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988.
- Semua aduan akan dilakukan penyiasatan dengan serta merta.
|
UNIT
|
|
- Unit Amalan Perubatan
- Unit Rekod Perubatan
- Unit Perkembangan Perubatan
- Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari
- Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan)
|