Print this page

Perutusan Pengarah

22 May

PERUTUSAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH

   
YBhg. Datuk Dr. Christina Rundi
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah

 

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu, sekalung penghargaan diucapkan kepada Seksyen Teknologi Maklumat JKN Sabah dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembangunan Portal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ini.

Pada masa kini, tidak dinafikan Portal memainkan peranan yang amat penting kepada semua agensi-agensi kerajaan sebagai medium penyaluran maklumat secara online kepada kakitangan mahupun orang awam. Capaian secara online adalah satu teknologi yang sedang berkembang dengan pesat sejajar dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar dikalangan isi rumah di seluruh negara.

Dengan adanya Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Negeri Sabah ini, diharap akan membolehkan orang awam mahupun kakitangan kerajaan mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datuk Dr. Christina Rundi
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Last modified on Thursday, 13 December 2018 01:29