Image
A- A A+

Profil

25 May

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Objektif

Membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

 

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

 

Misi

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i) untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
• mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
• menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
• mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
• mengutamakan pelanggan
• saksama
• tidak membebankan
• cekap
• wajar mengikut teknologi
• boleh disesuaikan mengikut persekitaran
• inovatif

iii) Dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan:
• sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
• sifat menghormati maruah insan
• penglibatan masyarakat

 

JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

 

Objektif

Melaksanakan program-program kementerian dengan pembekalan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian di peringkat Negeri dan Daerah bagi meninggikan taraf kesihatan rakyat supaya mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan dengan memberi tekanan kepda golongan-golongan yang kurang bernasib baik. 

Visi

Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di negeri Sabah prihatin dan melibatkan dalam penjagaan kesihatan dalam pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.

Misi

Untuk merealisasikan Visi jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan yang lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh anggota-anggota yang mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang bermutu. 

Last modified on Thursday, 28 June 2018 04:57
More in this category: « Piagam Pelanggan Carta Organisasi »

PENAFIAN : JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

 

Hakcipta Terpelihara @ 2018 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768 | Tarikh Kemaskini : 13 Disember 2018