UNIT DIETETIK DAN SAJIAN

BAHAGIAN SOKONGAN KLINIKAL 
 
Pengenalan Dan Latar Belakang Unit
 
Unit ini dianggotai oleh 2 orang Pegawai Dietetik U41, 2 orang Penolong Penyediaan Makanan (C32 dan C29), 6 orang Pembantu Penyediaan Makanan (PePM) N19, serta 1 orang Penyelia Asrama N19. Unit ini berfungsi dalam memberikan perkhidmatan sajian makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal kepada pesakit di Hospital Mesra Bukit Padang. 
 
Visi
 
Memberi perkhidmatan sajian makanan dengan mengutamakan kebersihan  dan keselamatan sajian kepada pesakit dan memenuhi kehendak pelanggan dan berusaha  meningkatkan kualiti yang berterusan
 
Misi
 
Memastikan pesakit dalam mendapat makanan yang bersih, berkualiti, berzat dan seimbang, halal serta mencukupi.
 
Objektif
 
Menyediakan makanan seimbang untuk pesakit dalam berdasarkan kepada penyediaan makanan Manual Diet Hospital 2016 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis panduan Katering Hospital 1996 dan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985
 
Skop Perkhidmatan
 
Perkhidmatan Dietetik Klinikal
i.   Menilai status pemakanan pesakit dan memberi kaunseling intervensi pemakanan secara profesional berdasarkan ’Medical Nutrition Therapy’
ii.  Perkhidmatan Dietetik klinikal akan diberikan oleh Pegawai Dietetik untuk pesakit luar dan dalam yang dirujuk oleh Pakar atau Pegawai Perubatan Hospital
     mengikut KPI yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia
iii. Menyediakan maklumat berkenaan pemakanan sihat kepada pesakit melalui alat pembelajaran (seperti pamplet pemakanan sihat)
iv. Memastikan diet yang dihidangkan kepada pesakit bertepatan dengan pesanan diet yang diberikan oleh Pegawai Dietetik dalam memenuhi keperluan
    nutrien serta kalori pesakit
 
Perkhidmatan Sajian
i.   Menyediakan makanan seimbang, selamat dan halal untuk pesakit dalam berdasarkan kepada penyediaan makanan Manual Diet Hospital 2016 oleh
     Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis panduan Katering Hospital 1996 dan Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan
     Edisi 2009
ii.  Membuat pemantauan secara menyeluruh terhadap perhidmatan kantin Hospital Mesra Bukit Padang dan mematuhi garis panduan pengiktirafan
     Kafeteria Sihat dan amalan ”Bersih, Sihat dan Selamat” (BeSS)
 
Lain-Lain
i.   Menjalankan aktiviti atau kempen kesedaran pemakanan dan memberikan ceramah pemakanan kepada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, institusi
     pendidikan dan lain-lain lagi
ii.  Membuat lawatan Home Visit sekiranya perlu atau mendapat rujukan  daripada Pakar/ Pegawai Perubatan Hospital