UNIT FARMASI & BEKALAN

 
Pengenalan & Latar Belakang Unit
Pada masa ini, Unit Farmasi & Bekalan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Farmasi UF54 dan dibantu oleh 9 orang Pegawai Farmasi pelbagai gred jawatan, 5 orang Penolong Pegawai Farmasi, seorang Pembantu Tadbir N19 dan seorang pekerja harian sambilan (PT N19/PSH). 
 
VISI
 
Meningkatkan kesihatan rakyat menerusi kecemerlangan dalam amalan farmasi.
 
 
MISI
 
Menyediakan perkhidmatan Farmasi yang berkualiti,
memenuhi keperluan pelanggan dan dapat meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan.
 
 
OBJEKTIF
 
1. Memastikan pelanggan mendapat bekalan ubat yang tepat dan betul, berkualiti, selamat dan berkesan.
2. Memberikan kefahaman terhadap ubat – ubatan serta mempertingkatkan pengetahuan kesihatan pelanggan
3. Menyediakan perkhidmatan perolehan dan pembekalan yang sistematik supaya bekalan ubat – ubatan dan bukan ubat mencukupi untuk pelanggan serta tiada pembaziran
 
Skop Perkhidmatan Unit
 
1.   Farmasi Pesakit Luar
      i)   Mendispen ubat kepada pesakit luar dan pesakit discaj 
      ii)  Menjalankan kaunseling ubat  untuk pesakit luar (kaunseling individu atau psychoeducation) 
      iii) Menawarkan perkhidmatan nilai tambah (SPUB, Kad Temujanji dan Ubat Melalui Pos-UMP)
      iv) Memberikan perkhidmatan Psychiatric Medication Therapy Adherence Clinic (PMTAC) kepada pesakit yang memerlukan
      v)  Memberikan perkhidmatan  ’Home Medication Review’ (HMR)
 
2.   Farmasi Pesakit Dalam
      i)   Pembekalan ubat kepada pesakit dalam melalui Sistem ‘Unit of Dose’ dan 'Unit of Use'
      ii)  Pembekalan ubat kepada wad/ unit melalui Sistem 'Floor Stock'
      iii) Menjalankan kaunseling ubat-ubatan untuk pesakit dalam (bedside/ discaj) dan psychoeducation
 
3.   Farmasi Logistik
      i)   Menjalankan perolehan/ pembelian ubat, bukan ubat (peralatan perubatan pakai buang), vaksin dan gas perubatan
      ii)  Membekalkan ubat–ubatan, bukan ubat (peralatan perubatan pakai buang), vaksin dan gas perubatan kepada wad/ unit di hospital mengikut jadual
           yang telah ditetapkan 
      iii) Membekalkan ubat-ubatan kepada hospital dan klinik kesihatan lain mengikut jadual yang ditetapkan
 
 4.   Farmasi Klinikal/ Wad
       i)   Menjalankan rondaan wad bersama Pakar dan Pegawai Perubatan
       ii)  Memberi maklumat mengenai ubat-ubatan kepada Pakar dan Pegawai Perubatan
       iii) Memberikan maklumat dan panduan tentang ubat–ubatan kepada pesakit dan/ atau keluarga pesakit di wad (kaunseling ubat-ubatan/
            psychoeducation)
       iv) Melapor dan mendokumenkan aduan pesakit tentang kesan sampingan ubat/ alahan ubat melalui pemantauan atau kaunseling
       v)  Mengenalpasti dan menangani isu-isu penjagaan farmaseutikal pesakit dengan kerjasama Pakar serta Pegawai Perubatan
 
5.   Perkhidmatan Maklumat Ubat-Ubatan
      i)   Menjawab pertanyaan tentang ubat–ubatan yang berkaitan dari anggota KKM dan orang awam 
      ii)  Mengurus dan melaporkan aduan produk bermasalah yang diterima
      iii) Mengemaskini Formulari Ubat Hospital setiap tahun
      iv) Menyelaras dan melapor kesan advers ubat (Adverse Drug Reaction) dan vaksin (Adverse Event Following Immunization) yang diterima daripada
           Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi dan lain-lain anggota
      v)  Menyelaras dan melapor kesilapan pengubatan (Medication Error)
      vi) Memantau dan mengeluarkan Kad Alahan Ubat untuk pesakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan mengalami alahan ubat
      vii)Menyelaras aktiviti Keselamatan Pengubatan dan Kenali Ubat Anda
 
6.   Perkhidmatan Pemantauan Terapeutik Ubat (TDM)
      i)   Memberi perkhidmatan ‘Therapeutic Drug Monitoring’ (TDM) bagi ubat-ubatan ‘narrow therapeutic index’
      ii)  Menyemak sampel dan membuat interpretasi keputusan analisa sampel TDM
      iii) Menjawab pertanyaan-pertanyaan berkenaan dengan ubat-ubatan TDM
 
 
 
Piagam Pelanggan Farmasi Pesakit Luar
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan dengan mesra, ikhlas dan profesional kepada pelanggan kami:-
 
1.   Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit bagi preskripsi yang lengkap diterima
 
 
 
Kewajipan Pelanggan  :-
 
  • Bagi membolehkan kami melaksanakan Piagam Pelanggan Unit Farmasi Pesakit Luar dengan cekap dan berkesan, semua pelanggan dan keluarga adalah berkewajipan memberi kerjasama dengan:-
  • Setiap pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan di unit ini hendaklah mendapatkan pemeriksaan dan rujukan terlebih dahulu daripada Pakar atau Pegawai Perubatan Hospital Mesra Bukit Padang, Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan yang lain
  • Membawa preskripsi ubat yang lengkap dan sah
  • Mengemukakan butir-butir peribadi yang lengkap dan tepat semasa mengambil ubat seperti dokumen pengenalan diri, surat rujukan, kad temujanji dan dokumen berkaitan
  • Mematuhi semua polisi dan peraturan-peraturan hospital yang berkuatkuasa dari masa ke semasa
  • Menggunakan kemudahan atau peralatan yang disediakan secara bertanggungjawab, selamat dan berhemah
  • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota Unit Farmasi
  • Mengikuti nasihat/ intervensi/ serta menepati tarikh temujanji yang diberikan oleh Pegawai Farmasi.
  • Pelanggan berhak menyuarakan pendapat mengenai rawatan yang diberikan dan membuat aduan sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan sistem perkhidmatan yang disampaikan.