UNIT FISIOTERAPI

UNIT FISIOTERAPI

Pengenalan & Latar Belakang Unit

Unit ini diketuai oleh seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi Gred U36, dibantu oleh seorang Jurupulih Perubatan Fisioterapi Gred U32 dan tiga orang Jurupulih Perubatan Fisioterapi Gred U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12.

VISI

Menyampaikan perkhidmatan Fisioterapi yang cemerlang dan menepati keperluan meningkatkan kualiti hidup

 

MISI

Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang berkualiti, cekap, berkesan dan prihatin kepada semua pelanggan berteraskan Budaya Korporat
Melahirkan tenaga kerja profesional melalui pendidikan berterusan bagi menggalakkan amalan berdasarkan piawaian kebangsaan/ antarabangsa

 

OBJEKTIF

Menyediakan fasiliti, peralatan, tenaga kerja dan sistem bekerja yang sesuai dan mencukupi
Memberi perkhidmatan Fisioterapi yang komprehensif dan cekap dengan melahirkan anggota Fisioterapi yang profesional dan berpegetahuan terkini
Menggalakkan pembabitan pesakit, keluarga dan waris dalam proses rawatan
Memberi perkhidmatan yang mesra-pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni selaras dengan Budaya Korporat KKM

 

Piagam Pelanggan Unit Fisioterapi

Kami berazam dan berjanji akan :-

•   Memberi layanan mesra, adil dan saksama
•   Menjaga maruah, keselamatan dan kerahsiaan setiap pesakit
•   Memastikan pesakit mendapat rawatan menepati masa mengikut standard berikut :
    i.   Pesakit Luar;
         •   Pendaftaran kes baru 20 minit dan kes ulangan 15 minit
         •   Mendapatkan rawatan dalam 30 minit selepas pendaftaran
         •   Setiap pesakit akan menerima rawatan mengikut temujanji yang ditetapkan kecuali kes akut dan kecemasan
    ii.   Pesakit Dalam;
         •   Setiap kes akan diberi rawatan dalam masa 24 jam hari bekerja selepas rujukan diterima
         •   Jika anda mempunyai sebarang kemusyilan, sila hubungi pegawai yang bertugas

KEWAJIPAN PELANGGAN

Bagi membolehkan kami melaksanakan Piagam Pelanggan dengan cekap dan berkesan, semua pelanggan dan keluarga adalah berkewajipan memberi kerjasama dengan :-
   •   Setiap pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan di unit ini hendaklah mendapatkan pemeriksaan dan rujukan terlebih dahulu daripada Pakar
        atau Pegawai Perubatan dari Hospital Mesra Bukit Padang, Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan yang lain.
   •   Mengemukakan butir – butir peribadi yang lengkap dan tepat semasa mendaftar diri seperti dokumen pengenalan diri, surat rujukan yang lengkap, kad
        temujanji dan dokumen berkaitan
   •   Mematuhi semua polisi dan peraturan –peraturan hospital ini yang berkuatkuasa dari masa ke semasa
   •   Menggunakan kemudahan dan peralatan yang disediakan secara bertanggungjawab dan selamat
   •   Memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota unit
   •   Mengikuti nasihat dan rawatan serta menepati tarikh temujanji yang diberikan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi