UNIT KAWALAN INFEKSI

UNIT KAWALAN INFEKSI

Pengenalan & Latar Belakang Unit

  • Ditubuhkan untuk mencegah dan mengawal kejadian HAI (Healthcare-associated Infection) di hospital
  • Mula beroperasi pada tahun 2003 yang diselia oleh seorang Ketua Jururawat dan dibantu oleh seorang Jururawat Kawalan Infeksi secara sambilan
  • Perkhidmatan ini kini diketuai oleh Pegawai Perubatan UD54 dan seorang Penyelia Jururawat U36
  • Dikendalikan oleh seorang Ketua Jururawat U32 sebagai ketua unit kawalan Infeksi. Dibantu oleh dua Ketua Jururawat U32 di Wad 3 dan Wad 4, Jururawat U29 Wad 5, dan dua Penolong Pegawai Perubatan U29 di Unit OSH dan Wad 2 dimana semua mempunyai Sijil Pengkhususan Kawalan Infeksi
  • Semua Unit /Wad mempunyai 2 link nurse,Pengurus Wad adalah lantikan automatic sebagai link nurse

 

VISI

Semua anggota dan pesakit bebas daripada HAI, persekitaran tempat kerja bersih,selesa dan juga selamat

 
MISI

Mewujudkan penglibatan serta komitmen yang kukuh pada semua anggota hospital dalam pencegahan dan pengawalan Infeksi hospital

 
OBJEKTIF

Mencegah dan mengawal jangkitan nosocomial di hospital
Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan anggota hospital berkaitan dengan kawalan Infeksi melalui pembelajaran berterusan
Melindungi anggota hospital dan pesakit/ keluarga pesakit daripada sebarang jangkitan nosocomial dan kecederaan semasa bertugas atau semasa mendapatkan rawatan

 

LOKASI
Berada di bangunan blok Unit ECT


PIAGAM PELANGGAN UNIT KAWALAN INFEKSI

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan dengan mesra, ikhlas dan profesional kepada pelanggan kami:

1.   Setiap pelanggan akan dilayan dengan mesra, cepat, tepat, berbudi bahasa, ikhlas dan profesional
2.   Setiap pelanggan yang dilaporkan akan mendapat respon / pemantauan dalam masa 24 jam bekerja
3.   Setiap pelanggan akan dijaga kerahsiaan tentang penyakitnya
4.   Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi Pegawai yang bertugas:
         KJ Veralaine Joseph (ICN) / KJ Intan Christina Syakillah Bt abdullah (ICN)
         No Tel: 088 – 240984/ 088 – 240985/ 088 – 240986 ext 131

Kewajipan Pelanggan

Bagi membolehkan kami melaksanakan piagam pelanggan Unit Kawalan Infeksi dengan cekap dan berkesan, semua pelanggan adalah berkewajipan memberi kerjasama dengan:

1.   Mematuhi standard precaution, polisi dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa
2.   Bekerjasama untuk melaporkan kes-kes penyakit berjangkit kemudian memaklumkan kepada Unit Kawalan Infeksi dan unit berkaitan
3.   Setiap pelanggan berhak membuat aduan sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan sistem

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Pemantauan dan Lawatan ke Wad/Unit
  • Membuat pemantauan dan lawatan ke wad/unit untuk memastikan semua anggota kesihatan/hospital mematuhi polisi dan prosedur kawalan infeksi hospital dan memberi teguran dengan segera jika perlu
  • Melakukan Environmental Audit dan seterusnya memberi cadangan pembetulan bagi setiap amalan atau masalah yang ditemui semasa melakukan pemantauan
  • Membuat lawatan ke wad jika ada pesakit yang mendapat HAI/ penyakit berjangkit dan memberitahu langkah-langkah pengawalan yang boleh dibuat di wad
  • Mengumpul, Merekod dan Menghantar Data
  • MDRO/MRSAB - MRSA (Methicillin-resistant Staphylococcus Aureus), ESBL (Klebsiella Pneumoniae and Escherichia Coli), MRO (Multidrug-resistant Organisms), CRE (Carbapenem-r r resistant Enterobacteriaceace) dan VRE (Vancomycin-Resistant Enterococci)
  • Penyakit bawaan vektor (Leptospirosis dan Meliodosis)
  • Jumlah tusukan jarum (Needle stick injury), blood/ body fluid splash dan sharp injury
  • HAISurveillance
  • Hand Hygiene Compliance Audit, KPI Hand Hygiene, Patient Safety Goal
  • Notifikasi penyakit berjangkit (E-notifikasi)
  • Environment audit
  • Point Prevalence Survey
  • COVID 19 Data monthly
  • Environment Swab
  • Melakukan environment swab di wad/unit jika perlu dan sekiranya berlaku wabak
  • Menyediakan dan menyiapkan laporan lengkap berkaitan keputusan yang diperolehi
  • Pendidikan
  • Memberi orientasi/taklimat berkaitan kawalan infeksi khususnya Standard Precaution kepada semua anggota yang baru bertugas/berpindah, pelatih perubatan dan anggota hospital yang lain
  • Memberi ceramah kawalan infeksi kepada semua anggota kesihatan/ hospital
  • Mengadakan kursus kawalan infeksi di peringkat hospital kepada anggota kesihatan/hospital
  • Mengadakan kempen mengenai hand hygiene dan Standard Precaution disamping menyampaikan maklumat terkini mengenai kawalan infeksi
  • Membuat clinical assessment berkaitan teknik mencuci tangan yang betul
  • Memberi nasihat dalam penjagaan kebersihan persekitaran tempat bekerja melalui sesi ceramah atau perbincangan dengan serta-merta di tempat yang terlibat (Environment Audit)
  • Memberi latihan/ menghantar untuk menjalani attachment kepada semua Link Nurse/Personnel yang telah dilantik dari masa ke semasa

Saringan Kesihatan

  • Melakukan saringan kesihatan (Status imunisasi Hepatitis B) kepada semua anggota kesihatan terutama kepada anggota baru dan pemberian imunisasi kepada anggota yang perlu
  • Melakukan saringan TB (Tuberculosis) kepada semua anggota kesihatan yang baru bertugas serta berisiko dan yang akan bersara
  • Melakukan rawatan susulan seperti merujuk kepada doktor sekiranya ada anggota yang mempunyai masalah mengenai status Hepatitis B dan Tuberculosis
  • Pemberian Vaksin/ Imunisasi
  • Memberikan vaksin influenza kepada anggota hospital (barisan hadapan) setiap tahun
  • Memberikan imunisasi Hepatitis B kepada anggota yang tidak mempunyai/ mencukupi antibody
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik
  • Mengadakan mesyuarat 2 kali setahun pada peringkat hospital untuk membincangkan isu-isu mengenai kawalan infeksi
  • Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Infeksi dan Antibiotik peringkat JKNS mengikut tarikh yang ditetapkan setiap tahun