UNIT KENDERAAN DAN AMBULAN

UNIT KENDERAAN DAN AMBULAN
 
Pengenalan & Latar Belakang Unit
 
Hospital Mesra Bukit Padang satu-satunya hospital psikiatri di negeri Sabah. Pembinaan Hospital ini telah dirancang pada tahun 60-an dan siap dibina dalam bulan Mei 1971. Hospital ini beroperasi sepenuhnya pada tahun 1976 termasuk Perkhidmatan Unit Kenderaan dan Ambulan Hospital ini. Unit Kenderaan dan Ambulan sebelum ini dibawah penyeliaan Unit Pengurusan/ Pentadbiran Hospital Mesra Bukit Padang. Pada 31hb Januari 2019, Unit Kenderaan Dan Ambulan telah diserahkan kepada Unit Penolong Pegawai Perubatan. Lokasi Unit Kenderaan Dan Ambulan terletak bersebelahan dengan Unit Penolong Pegawai Perubatan.
 
VISI
 
Ke arah mewujudkan satu rangkaian perkhidmatan penyeliaan bersepadu yang penuh komited dan efisen .
 
MISI
 
Memberikan perkhidmatan berkualiti dan terbaik dengan semua anggota senantiasa berusaha ke arah meningkat ilmu pengetahuan dan berkemahiran serta menerapkan konsep budaya korporat dan kaedah piagam pelanggan
 
OBJEKTIF:
 
Memberi perkhidmatan kenderaan dan ambulan yang berkualiti, cekap dan efisien 
Menjalankan penyeliaan dan pengurusan yang berkesan terhadap perkhidmatan kenderaan dan ambulan 
 
 
PIAGAM PELANGGAN UNIT KENDERAAN DAN AMBULAN
 
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan dengan mesra, ikhlas dan professional kepada pelanggan kami :-
 
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, adil, bertimbang rasa, jujur dan professional
  • Setiap pelanggan akan diberikan makluman tentang garis panduan, pekeliling dan arahan daripada pihak atasan selewat-lewatnya tiga (3) hari waktu bekerja selepas diterima
  • Setiap pelanggan yang mengajukan borang PERMINTAAN akan menerima maklumbalas daripada unit ini dalam masa 24 jam waktu bekerja selepas PERMOHONAN diterima
  • Setiap PELANGGAN akan dimaklumkan  dengan segera sekiranya permintaan tidak dapat dipenuhi atas sebab yang munasabah
  • Penggunaan AMBULAN bagi kes Kecemasan - menghantar pesakit terlebih dahulu dan borang dihantar semasa mengambil pesakit
  • Penghantaran sample hendaklah mengikut jadual seperti berikut:
    Isnin hingga Selasa   -   sebelum   9.30 pagi & Petang 2.30 petang
    Hari Jumaat              -   sebelum  9.00 pagi & petang 2.30 petang 
    Hari Sabtu/ Ahad     -   tertakluk pada permintaan dan kes Urgent sahaja
Kewajipan Pelanggan :-
 
Bagi membolehkan kami melaksanakan Piagam Pelanggan Unit Kenderaan dan Ambulan dengan cekap dan berkesan, semua pelanggan adalah
berkewajipan memberi kerjasama dengan :-
 
  • Sentiasa mematuhi semua peraturan-peraturan yang sedia ada
  • Menghantar BORANG PERMINTAAN LEBIH tiga (3) HARI SEBELUM PERJALANAN YANG DITEMPAH
  • Memastikan PERMINTAAN PENGGUNAAN Kenderaan mengikut penggunaan yang dibenarkan dan mengikut kebenaran Pengarah Hospital
  • Mengisi borang permintaan dengan lengkap dan ada lampiran mengikut keperluan
  • Mempunyai kelayakkan  menggunakan  kemudahan kepada pegawai menggunakan kenderaan jabatan atau ada surat kebenaran atau arahan dari Pengarah HMBP
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi
Pegawai yang bertugas   :   FRANTER BIN SEVERICTUS
No Tel : 088- 240984 ext 163
 
SKOP PERKHIDMATAN:
 
  • Menyediakan khidmat pengurusan Kenderaan Jabatan dan Ambulan serta mengawal selia pengunaan kenderaan Hospital Mesra Bukit Padang supaya sentiasa teratur dan berkeadaan baik
  • Lain-lain perkhidmatan yang diberikan adalah:
    i.   Menghantar surat
    ii.  Menghantar sampel makmal
    iii. Mengambil dan menghantar bekalan stok perubatan dan bukan perubatan
    iv. Penghantaran sampel  hendaklah mengikut jadual seperti berikut:
         Isnin hingga selasa   -   Sebelum 9.30 a.m, Petang  2.30 p.m
         Hari jumaat               -   Sebelum 9.00 a.m, Petang 2.30 p.m
         Hari Sabtu/ Ahad      -  Tertakluk pada permintaan dan kes Urgent sahaja
  • Borang PERMOHONAN akan menerima maklumbalas daripada unit ini dalam masa 24 jam waktu bekerja selepas PERMOHONAN diterima
WAKTU PERKHIDMATAN: 
 
Unit ini beroperasi 24 jam untuk perkhidmatan mmbulan bagi kes-kes yang melibatkan kecemasan seperti Blue Code dan intrafasiliti selepas waktu 
pejabat. Bagi kenderaan pejabat pula beroperasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Walaubagaimana pun perubahan operasi tertakluk pada keperluan semasa. 
 
DASAR POLISI UNIT PENYELIAAN KENDERAAN :
 
Terbahagi kepada 2 jenis: 
1.   Kenderaan Jabatan 
2.   Kenderaan Ambulan