UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

BAHAGIAN SOKONGAN KLINIKAL


Pengenalan & Latar Belakang Unit :
Unit ini memberi perkhidmatan Kerja Sosial dalam membantu perawatan pesakit mental yang lebih efektif dan berkesan. Unit ini diterajui oleh 2 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) S41 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK U11) bagi membantu melancarkan pengurusan dan pentadbiran Unit Kerja Sosial Perubatan (UKSP).

 
Visi :

Unit Kerja Sosial Perubatan akan menjadi tempat rujukan kes Psikiatri yang unggul di Sabah melalui peningkatan mutu perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan yang mencapai tahap kepuasan klien

 

Misi :

Mengendalikan semua kes yang dirujuk dengan cekap dan tanpa mengira kaum, agama serta kedudukan demi membantu klien dan keluarga meneruskan kehidupan sebaik mungkin serta menikmati kesejahteraan hidup yang berkualiti secara berterusan

 

Objektif :

Memberi perkhidmatan yang efisen berdasarkan standard yang diterima untuk menjaga kebajikan klien

Membantu klien menangani dan mengatasi pelbagai masalah sosial yang timbul akibat daripada penyakit yang mereka hadapi

Membantu klien dan keluarga klien memenuhi keperluan sosial, emosi dan kerohanian melalui pendidikan kesihatan mental dengan memberi pemahaman mengenai penyakit mental serta aspek penjagaan klien

 

 

Piagam Pelanggan Unit :
• Setiap pelanggan akan mendapat perkhidmatan tanpa mengira kaum, umur, jantina dan taraf sosioekonomi
• Segala maklumat pelanggan yang di perolehi akan di rahsiakan dan hanya boleh di beritahu kepada pihak tertentu mengikut keperluan
• Segala pengurusan permohonan bantuan praktik dan terapi sokongan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan agensi yang berkaitan, sumber sedia
   ada dan kelayakan pemohon

Skop Perkhidmatan Unit :
• Membantu klien untuk membuat permohonan Skim Bantuan Am iaitu bantuan dalam bentuk saraan wang tunai setiap bulan dari Jabatan Perkhidmatan
   Kebajikan Am, Sabah

• Mengadakan lawatan ke rumah klien untuk membuat penilaian sosial dan ekonomi

• Merujuk Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendapatkan pengesahan identiti bagi klien yang memiliki dokumen yang diragui/ membuat penggantian Kad
  Pengenalan dari Jabatan Pendaftaran Negara untuk menentukan taraf kewarganegaraan dan kadar caj rawatan

• Merujuk kes klien warga asing ke Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asal

• Penempatan di institusi kebajikan bagi klien yang layak serta memerlukan tempat perlindungan dan tidak mendapat sokongan dari keluarga

• Memberikan bantuan panjar runcit/ tambang kepada pesakit yang tidak berkemampuan untuk balik selepas rawatan dengan menggunakan
  Tabung Bantuan Perubatan Malaysia (TKPM)

• Mengesan waris/ keluarga pesakit yang tidak mempunyai maklumat keluarga

• Proses mengesan keluarga klien melalui akhbar hanya dilakukan setelah mendapat kebenaran Pengarah Hospital / Pengarah Perubatan

• Membantu pendaftaran kes Orang Kurang Upaya mental

• Mengendalikan kes keganasan rumahtangga, keganasan seksual, ibu tanpa nikah, perlindungan wanita, keganasan kanak-kanak dan kes-kes yang berkaitan

• Lain-lain perkhidmatan yang berkaitan