UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA

MAKLUMAT PERKHIDMATAN
  
Pengenalan & Latar Belakang Unit
 
Unit Keselamatan dan kesihatan pekerjaan Hospital Mesra telah ditubuhkan pada Julai 2020 dan di anggotai oleh seorang pegawai perubatan UD48, seorang penolong pegawai perubatan U36 dan seorang penolong pegawai perubatan U32 ketika itu. Unit ini ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti keselamatan dan kesihatan anggota di hospital ini terjamin selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu “melindungi pekerja/kakitangan daripada risiko semasa bekerja dan mewujudkan urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja mengikut seksyen 30 (1) Akta tersebut”. Dimasa kini terdapat seorang Pegawai Perubatan UD48, seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 yang berkhidmat di unit ini. Timbalan Pengarah Hospital merupakan penyelaras unit ini.
 
 
VISI
  • Memberikan Perkhidmatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang berkualiti untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat, selesa dan sihat untuk wargakerja dan pelanggan.
MISI
  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan keselamatan pekerja yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai etika professional untuk wargakerja dan pelanggan HMBP.
OBJEKTIF UNIT
  • Melaksanakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi melindungi pekerja/kakitangan daripada risiko semasa bekerja. Mewujudkan urusetia tetap bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mengikut seksyen 30 (1) Akta tersebut.
  • Memantau aktiviti keselamatan pekerja di setiap unit atau wad.
  • Untuk memastikan keselamatan dan pekerja dan pelanggan di hospital ini.
  • Menyediakan persekitaran tempat bekerja yang selamat,selesa dan sihat.
  • Melapor dan menyiasat segala kejadian atau penyakit berhubung dengan pekerjaan.
  • Memastikan semua warga kerja sedia diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi warga kerja menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
  • Menjalankan pemeriksaan, kawalan serta audit keselamatan dan kesihatan yang berkala ditempat kerja. 
 
Piagam Pelanggan Unit
 
  • KAMI, ANGGOTA  UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KOMITED MELAKSANAKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN DEMI;
  • MENJAMIN KESIHATAN, KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN WARGA KERJA HMBP.
  • SERTA MEWUJUDKAN PERSEKITARAN KERJA HMBP YANG SELAMAT DAN SELESA.
 
BAGI MEMENUHI KOMITMEN TERSEBUT, KAMI BERJANJI:
  
  • MENYIASAT SETIAP KEJADIAN KEMALANGAN PEKERJAAN, PENYAKIT PEKERJAAN DAN KEJADIAN MERBAHAYA YANG DILAPORKAN DALAM MASA 24 JAM SERTA MELENGKAPKAN LAPORAN SIASATAN DALAM MASA TUJUH (7)  HARI.
  • MEMASTIKAN SETIAP ANGGOTA HMBP DIBERI ORIENTASI KESELAMATAN DAN KESIHATAN  PEKERJAAN DALAM MASA TIGA (3) BULAN SETELAH MULA BERTUGAS.
  • MENGUTAMAKAN PELANGGAN DAN MELAKSANAKAN TUGAS SECARA PROFESIONAL, ADIL DAN BERPANDUKAN PENGETAHUAN TERKINI SERTA ARAHAN SEMASA.
 
Skop Perkhidmatan Unit
 
  • Menyediakan klinik rawatan harian / Klinik Kesihatan Pekerjaan untuk anggota.
  • Menjalankan aktiviti Saringan Minda Sihat bagi anggota.
  • Menjalankan aktiviti Saringan NCD (Non-Comunicable Diseases).
  • Pemeriksaan kesihatan anggota berumur 40 tahun keatas.
  • Program Immunisasi Hepatitis B.
  • TB screening.
  • Program Immunisasi Influenza
  • Sharp Surveiliance
  • Program vaksinasi Covid-19
  • Audit keselamatan ditempat kerja.
  • Audit aktiviti kerja (HIRARC)
  • Audit Pematuhan SOP di tempat kerja.
  • QA kecederaan tersusuk jarum/alatan tajam (NSI)
  • JKKP
  • Menyediakan laporan berkaitan kemalangan dan kecederaan di tempat kerja.
  • Anilisis data.
  • Kajian berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Pengurusan Covid-19