UNIT KUALITI

UNIT KUALITI
 
Pengenalan & Latar Belakang Unit
 
  • Unit Kualiti ditubuhkan pada 10 Oktober 2000
  • Unit Kualiti berfungsi sebagai pusat aktiviti-aktiviti Kualiti yang merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Mesra Bukit Padang, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlantikan anggota adalah lantikan khas daripada Pengarah Hospital
  • Unit Kualiti diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan , pengurusan Unit Kualiti adalah berhubungkait dengan  pihak pengurusan Pengarah Hospital, Timbalan Pengarah dan Ketua Penyelia Jururawat Hospital. Penyeliaan kawasan diselia oleh seorang Penyelia Jururawat U36 dan Pengurus Unit dikendalikan oleh seorang Jururawat U32
  • Aktiviti Kualiti di Hospital ada 30 aktiviti 
  • Aktiviti-aktiviti Kualiti yang dipantau di bawah JK  Pemandu Kualiti Hospital Mesra Bukit Padang adalah sebanyak 25 aktiviti. 
  • Perbincangan Jawatankuasa Pemandu Kualiti adalah sebanyak dua (2) kali setahun
  • Aktiviti-aktiviti Kualiti dibawah Unit Kualiti : 2 aktiviti 
 
 Visi , Misi, Dasar Kualiti
 
Kami beriltizam untuk menjadikan Hospital Mesra Bukit Padang sebagai sebuah Institusi Psikiatri yang cemerlang dengan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan, berusaha untuk mencapai matlamat secara bekerjasama dan berusaha untuk membuat penambahbaikan secara berterusan serta kepatuhan yang konsisten terhadap Sistem Pengurusan Kualiti bagi menjamin keselamatan. 
 
Objektif Unit Kualiti 
 
Menyelaras semua aktiviti-aktiviti Kualiti Hospital supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Hospital, Jabatan dan Kementerian 
 
Piagam Pelanggan Unit
 
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan dengan mesra, ikhlas dan professional kepada pelanggan kami:-
 
1.   Penyelaras Jawatankuasa aktiviti kualiti hospital mengemukakan Takwim Tahunan Jawatankuasa pada minggu pertama bulan Disember tahun semasa bagi
      takwim tahun berikutnya
2.   100% mesyuarat-mesyuarat di bawah penyelarasan Unit Kualiti dilaksanakan mengikut keperluan Standard Akreditasi Hospital
3.   Laporan data-data HPIA (Hospital Performance Indicator For Accountability)/ KPI (Key Performance Indicator) dihantar ke Unit Kualiti pada minggu
      pertama setiap bulan 
4.   Unit Kualiti HMBP menghantar laporan kepada pihak berkenaan/ JKNS/ KKM dan dihantar pada masa yang ditetapkan 
 
 
Skop Perkhidmatan Unit
 
i)     Urusan Jawatankuasa Pemandu Kualiti Hospital Mesra Bukit Padang
ii)    Mengkordinasikan aktiviti-aktiviti Pengurusan Jawatankuasa Pemandu Kualiti Hospital sepertimana yang   diarahkan oleh Pengarah Hospital
       atau Timbalan Hospital (Klinikal 1/Pengurusan) 
iii)   Memfailkan semua laporan-laporan aktiviti
iv)   Melaporkan kepada Pengarah Hospital/ Timbalan Pengarah Hospital (Klinikal & Pengurusan) laporan-laporan aktiviti-aktiviti Kualiti yang telah disediakan
       oleh setiap penyelaras aktiviti (mengikut jadual yang ditetapkan/ diperlukan)
v)    Memastikan semua penyelaras Kualiti menyediakan laporan-laporan masing-masing sebelum mesyuarat usaha Peningkatan Kualiti dijalankan
vi)   Mengkonditasikan dan menjalankan aktiviti Kualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh Hospital
vii)  Mengawal, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti peningkatan Kualiti di hospital yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
viii) Penghantaran laporan terkini Jawatankuasa Pelaksanaan Kualiti serta aktiviti-aktiviti ke JKNS dan KKM mengikut jadual yang ditetapkan atau
       bila diperlukan
ix)   Penyediaan bahan-bahan rujukan Kualiti  kepada pelanggan (Warga kerja Hospital Mesra Bukit Padang) serta mempamerkan bahan-bahan Kualiti pada
       hari Kualiti Hospital Mesra Bukit Padang
x)    Menyediakan buku laporan tahunan aktiviti-aktiviti Kualiti Hospital Mesra Bukit Padang
xi)   Mengkordinasikan persidangan Kualiti sebagai aktiviti tahunan
xii)  Menyediakan Takwim tahunan aktiviti Kualiti untuk dimuatkan dalam Takwim Hospital