UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
MAKLUMAT PERKHIDMATAN
Pengenalan & Latar Belakang Unit
Unit Pemulihan Carakerja mula beroperasi di Hospital Mesra Bukit Padang (Hospital Bukit Padang) sekitar awal tahun 1970an dibangunan klinik pakar psikiatri. Pada tahun 1980an, unit ini berpindah ke bangunan yang ada sekarang iaitu berhadapan dengan bangunan Pejabat Sedafiat dan Unit Sajian.
Unit Pemulihan Carakerja ini terdiri daripada beberapa bahagian perkhidmatan iaitu Bahagian Hortikultur & Domestik, Bahagian Sokongan Pekerjaan, Bahagian ‘Social Enterprise’, Bahagian Komuniti, Bahagian Kefungsian & Pesakit Luar dan Bahagian ‘Child Psychiatry’ (Unit Intervensi & Pengkayaan Kanak-kanak).
Visi
Memberi perkhidmatan rawatan pemulihan yang berkesan dan cekap bagi mencapai kepuasan pelanggan melalui pengamalan budaya korprat dan peningkatan kualiti yang berterusan
Misi
Menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang cemerlang demi membantu pelanggan menikmati kehidupan yang berkualiti dan dapat berdikari dan berfungsi dengan optimum mengikut keupayaan masing-masing
Objektif Unit
Mengembalikan pesakit ke tahap kefungsian fizikal, sensori dan mental yang optimum melalui proses penilaian dan rawatan pemulihan
Piagam Pelanggan
1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur, ikhlas dan secara professional
2. Semua pendaftaran kes baru akan dibuat dalam masa 10 minit
3. Rujukan pesakit baru akan mendapat intervensi dalam masa :
a. 24 jam hari bekerja untuk pesakit dalam
b. tiga (3) hari bekerja untuk pesakit luar
4. Setiap pelanggan baru dan keluarga akan diberi penerangan mengenai peraturan unit dan maklumat sewajarnya pada sesi intervensi pertama
5. Jadual sesi rawatan pesakit dalam akan diberikan selepas dinilai oleh Jurupulih Carakerja
6. Tarikh temujanji untuk pesakit luar akan diberikan selepas didaftar dan ditemuduga oleh Jurupulih Carakerja
7. Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatan dan keselamatannya akan sentiasa terpelihara
Skop Perkhidmatan Unit
Memberi rawatan pemulihan untuk pesakit dalam dan luar. Perkhidmatan adalah mengikut waktu pejabat dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.
Waktu rawatan adalah seperti berikut:
Hari Isnin – Khamis : 8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Hari Jumaat : 8.00 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
GALERI PERKHIDMATAN PEMULIHAN CARAKERJA