BAHAGIAN PENGURUSAN

PENGENALAN & LATAR BELAKANG UNIT


Bahagian Pengurusan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan untuk merancang, membekal dan mempertingkatkan perkhidmatan melibatkan pengurusan sumber manusia (pentadbiran, perkhidmatan & perjawatan, HRMIS dan latihan & tatatertib), stor dan aset, perolehan dan pembangunan, teknologi maklumat, kejuruteraan, keselamatan dan perlindungan, pusat sumber serta kewangan dan hasil bagi memastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai. Bahagian Pengurusan diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32 dan dianggotai oleh tiga puluh tiga (33) anggota yang meliputi lapan (8) unit utama termasuk sub unit iaitu:

  1. Sumber Manusia
  • Pentadbiran
  • Perkhidmatan & Perjawatan
  • HRMIS
  • Latihan & Tatatertib
  1. Stor & Aset
  2. Perolehan & Pembangunan
  3. Teknologi Maklumat
  4. Kejuruteraan
  5. Keselamatan & Perlindungan
  6. Pusat Sumber
  7. Kewangan & Hasil

 

VISI

  • Memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dalaman dan luaran.

MISI

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti, efisien, efektif, inovatif berteraskan nilai- nilai integriti dan akauntibiliti, serta menekankan sifat- sifat mesra pelanggan, penyayang, profesionalisma dan kerja berpasukan.

OBJEKTIF

  • Memastikan seluruh anggota Hospital Mesra Bukit Padang mendapat kemudahan, kebajikan, latihan modal insan serta mematuhi disiplin sebagai anggota perkhidmatan awam.
  •  Mengurus dan melaksanakan dengan cara yang betul, teratur dan berkesan terhadap pengurusan sumber manusia, stor dan aset, perolehan & pembangunan, teknologi maklumat, kejuruteraan, keselamatan, pusat sumber dan kewangan mengikut tatacara, garis panduan, pekeliling- pekeliling dan peraturan yang telah ditetapkan dan dapat memenuhi kehendak pelanggan dalaman dan luaran

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan dengan mesra, ikhlas dan professional kepada pelanggan kami;-

UNIT PERKHIDMATAN

  1.  Memastikan 90% buku perkhidmatan anggota di kemaskini setelah menerima dokumen yang lengkap.
  2.  Memproses dokumen perlantikan (lantikan baru) dalam tempoh tujuh (7) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap;
  3.  Memproses dokumen pengesahan dalam perkhidmatan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tamat tempoh percubaan setelah pegawai memenuhi syarat-syaratnya;
  4. Memproses dokumen kemasukan ke dalam jawatan berpencen dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat tempohnya dengan syarat dokumen lengkap;
  5. Memproses dokumen persaraan dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh persaraan;
  6. Memastikan 100% penghantaran Buku Perkhidmatan ke PTJ baru bagi anggota yang berpindah dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kuatkuasa perpindahan.
  7.  Memproses dan menghantar Kew.8 perubahan gaji anggota bagi bulan Januari, April, Julai dan Oktober mengikut jadual tarikh yang telah ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dalam tahun yang sama.

UNIT HRMIS

Memastikan 100% laporan penilaian prestasi tahunan (LNPT) dikemukakan sebelum berakhir tahun semasa;

UNIT ASET DAN PEROLEHAN

  1. Menguruskan perolehan bagi sebut harga dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup tawaran;
  2. Menguruskan tender sebagai urusetia dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat kontrak dari tarikh tutup;

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

Skop Perkhidmatan Bahagian Pengurusan adalah:-

  1. Pengurusan Sumber Manusia termasuk pengurusan perkhidmatan anggota, Perjawatan dan aplikasi elektronik yang dibangunkan oleh kerajaan; Pentadbiran termasuk Pentadbiran Operasi Harian, pengurusan kaunter, Khidmat Pelanggan dan fail serta kemudahan kuarters, penggunaan sistem HRMIS untuk urusan pengemaskinian data perkhidmatan serta penyediaan Latihan dan pengurusan tatatertib bagi kes yang berkaitan.
  2. Pengurusan Stor & Aset termasuk penerimaan aset & stok, pendaftaran di dalam Sistem SPPA, pemeriksaan dan penyelenggaraan berjadual, tindakan pelupusan dan pengurusan kehilangan & hapuskira.
  3. Perolehan & Pembangunan termasuk Penyelenggaraan Bangunan dan Kemudahan, Pengurusan Perolehan Pembelian Terus & Sebut Harga dan Pengurusan Penyewaan Premis Demis.
  4. Teknologi Maklumat termasuk melaksanakan urusan ICT, memastikan infrastruktur berkaitan teknologi maklumat berada dalam keadaan baik serta mengendalikan permasalahan ICT yang dihadapi anggota.
  5. Kejuruteraan termasuk memantau 6 Perkhidmatan Penswastaan yang dijalankan oleh Pihak Konsesi dan bertanggungjawab dalam penyediaan Skop Kerja dan Anggaran harga untuk cadangan projek diperingkat hospital.
  6. Keselamatan & Perlindungan termasuk urusan berkaitan keselamatan anggota dan premis kerja serta perlindungan terhadap risiko keselamatan dan kesihatan.
  7. Pusat Sumber termasuk melaksanakan tugas pentadbiran unit, mendokumenkan bahan koleksi pusat sumber serta perkhidmatan pembacaan anggota.
  8. Kewangan & Akaun termasuk pengurusan peruntukan belanjawan mengurus dan pembangunan dengan memastikan ianya dibelanjakan berdasarkan peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa serta pengurusan Akaun Terimaan & kaunter kutipan hasil bagi bayaran caj rawatan pesakit, sewa bangunan, bayaran balik dan lain-lain.
 
CARTA ORGANISASI

 

 

 

GAMBAR BAHAGIAN PENGURUSAN