UNIT PROMOSI KESIHATAN
Pengenalan & Latar Belakang Unit
- Unit ini telah ditubuhkan pada 22 Ogos 2011 dengan menempatkan seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 yang berfungsi sebagai Penyelaras kepada semua aktiviti berkaitan Promosi Kesihatan Mental di Hospital Mesra Bukit Padang
- Pada bulan Ogos 2016, Unit Promosi telah diletakkan di bawah jagaan Unit Kejururawatan yang diselaras oleh seorang Ketua Jururawat U32 dengan dan diselia oleh seorang Penyelia Jururawat Kawasan U36. Pada Febuari 2018 seorang Jururawat U29 telah ditempatkan ke unit ini sehingga September 2018. Kemudian Oktober 2018 digantikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U29
- Pada hujung bulan Oktober 2021, penyeleras unit ini diganti lagi oleh seorang Jururawat U29 dibawa seliaan Penyelia Jururawat U36
Unit ini masih meneruskan fungsi mempromosikan aktiviti Kesihatan Mental dengan kerjasama semua wad dan unit di Hospital Mesra Bukit Padang. Selain itu , unit ini juga menjalankan aktiviti mempromosikan Kesihatan Mental di luar Hospital Mesra Bukit Padang sama ada melalui jemputan atau temujanji serta melalui talian jika ada.
VISI
Beroperasi sebagai 1 Unit yang memberi Perkhidmatan Promosi Kesihatan Mental untuk memberi kefahaman mengenai penyakit/ Kesihatan Mental bagi menghapuskan stigma masyarakat
MISI
Memberikan kefahaman tentang Kesihatan Mental dan penyakit mental kepada ahli keluarga pesakit dan masyarakat awam
Mempromosikan Kesihatan Mental kepada ahli keluarga pesakit dan orang awam secara amnya bagi menghapuskan stigma terhadap pesakit mental
OBJEKTIF
Menyelaras dan mempromosi aktiviti kesihatan mental yang diadakan di dalam hospital
Memberi kefahaman kepada pesakit, ahli keluarga pesakit dan masyarakat mengenai kesihatan mental yang baik
Membantu pemulihan pesakit mental melalui pendidikan kesihatan
Memberi kefahaman kepada pelajar-pelajar dan masyarakat tentang penyalahgunaan dadah dan kesannya terhadap kesihatan mental
Memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit mental
Piagam Pelanggan Unit
- Setiap permohonan untuk melawat ke Hospital Mesra Bukit Padang yang diterima dari agensi luar/ NGO akan diproses dalam masa lima (5) hari selepas penerimaan surat permohonan
- Setiap jemputan untuk mengadakan aktiviti promosi kesihatan mental yang diterima dari agensi luar/ NGO akan diproses serta diberi maklumbalas dalam masa lima (5) hari selepas penerimaan surat jemputan
- Kami akan mencadangkan tarikh baru, sekiranya dipersetujui, untuk aktiviti lawatan ke Hospital Mesra Bukit Padang sekiranya tarikh dipohon tidak bersesuaian dengan kelapangan di hospital ini
- Pihak kami akan menyalurkan info terkini berhubung isu-isu kesihatan semasa sebagai makluman kepada semua pelanggan melalui saluran media yang bersesuaian
- Mematuhi semua polisi dan peraturan-peraturan hospital yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa
- Menghantar surat permohonan atau jemputan ke Hospital Mesra Bukit Padang sekurang-kurangnya 2 minggu ataupun sebaiknya 3 minggu dari tarikh aktiviti yang akan dijalankan
- Sedia maklum bahawa setiap permohonan ataupun jemputan yang dibuat tidak semestinya dapat dipenuhi oleh pihak kami atas kekangan tugas hakiki dan kepentingan perkhidmatan hospital lebih diutamakan
- Memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota unit
- Setiap pelanggan berhak membuat aduan sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan sistem perkhidmatan yang disampaikan