UNIT PSIKOLOGI

 
 PENGENALAN UNIT PSIKOLOGI
 
Unit Psikologi mula diperkenalkan pada  tahun  1980-an dan dianggotai oleh Jururawat Terlatih yang dilatih dalam bidang Kaunseling. Pada September 1998, seorang Pegawai Kaunseling telah ditempatkan di sini. Ekoran dari itu, Unit Psikologi HMBP ditubuhkan secara rasmi pada 17 September 1998 dengan nama Unit Bimbingan dan Kaunseling. 
 
Pada tahun 2014 seorang Pegawai Psikologi (Klinikal) telah di tempatkan di Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) dan perkhidmatan psikologi klinikal telah dimulakan di HMBP. Pada tahun 2015, unit ini telah bertukar nama dari Unit Psikologi & Kaunseling kepada Unit Psikologi untuk melambangkan perkhidmatan psikologi secara keseluruhan. Pada masa ini, unit ini dianggotai oleh dua orang Pegawai Psikologi (Klinikal) S41.
 
Matlamat perkhidmatan psikologi klinikal secara ringkasnya adalah untuk meningkatkan kefungsian dan mengurangkan ketidakupayaan serta menggalakkan kebolehcapaian dalam menjalankan aktiviti harian seperti biasa sekaligus mengurangkan limitasi dalam penyertaan aktiviti sosial.
 
VISI
 
 Menjadikan Perkhidmatan Psikologi Klinikal sebagai salah satu teras utama di dalam aspek pengurusan kesihatan mental dan fizikal selaras dengan visi dan misi KKM
 
MISI
 
 Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi Klinikal dari aspek pencegahan, diagnosis, rawatan dan pemulihan
Memastikan agar perkhidmatan sentiasa efektif melalui pendekatan amalan berasaskan bukti (evidence-based practice) dan model amalan saintifik (scientist-practitioner model)
Mendidik orang awam dan mempromosi kefahaman bagi meningkatkan pengetahuan tentang kesihatan mental
Mendidik orang awam terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesihatan perkembangan ahli keluarga mereka yang mendapatkan perkhidmatan psikologi klinikal
 
OBJEKTIF 
 
 Menyediakan perkhidmatan psikologi klinikal oleh para pegawai psikologi klinikal yang bertauliah bagi kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan kaedah penilaian, diagnosis dan perawatan psikologikal yang sistematik, cekap, bertanggungjawab dan beretika 
 
PIAGAM PELANGGAN UNIT PSIKOLOGI 
 
Kami berjanji dan komited untuk memberi perkhidmatan dengan mesra, ikhlas dan profesional kepada pelanggan kami:-
 
  1.    Keselamatan dan kehormatan pelanggan akan sentiasa terpelihara
  2.    Setiap pelanggan atau ibu bapa/ penjaga sah (bagi pelanggan kanak-kanak) berhak mendapat penerangan yang jelas mengenai perkhidmatan yang
       disediakan dan intervensi yang dicadangkan termasuk risiko dan intervensi alternatif yang akan diterimanya
  3.    Setiap pelanggan berhak membuat keputusan untuk menerima perkhidmatan di Unit Psikologi dan mempunyai kebebasan untuk memberhentikan
       sesi penilaian atau intervensi pada bila-bila masa. Namun, pelanggan digalakkan untuk berbincang dengan Pegawai yang merawat sebelum
       membuat keputusan tersebut
  4.    Setiap sesi penilaian psikologi asas berlangsung dalam tempoh 30 minit hingga 2 jam, bergantung kepada keperluan rujukan
  5.    Untuk kesejahteraan pelanggan, Pegawai boleh mengambil keputusan untuk menamatkan intervensi psikologi atau psikoterapi sekiranya
       pelanggan tidak lagi  memerlukan perkhidmatan, tidak mendapat manfaat, atau mungkin akan mengalami kesan negatif jika perkhidmatan diteruskan
  6.    Setiap sesi intervensi psikologi atau psikoterapi menggambil masa selama 30 minit sehingga 1 jam, bergantung kepada keperluan intervensi
  7.    Laporan penilaian diagnostik psikologi klinkal akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas penilaian dilengkapkan bergantung
       kepada penilaian yang dijalankan dan jenis laporan yang disediakan. Untuk penilaian rumit, penilaian medicolegal / forensik, penyediaan laporan boleh
       mengambil masa yang lebih lama; bergantung kepada penilaian yang dijalankan dan kerumitan kes
  8.    Maklumat pelanggan adalah dirahsiakan kecuali perkara yang melibatkan pendedahan yang perlu untuk keselamatan pelanggan, keselamatan orang
       lain atau keperluan undang-undang:
  9.    Sekiranya Pegawai secara munasabah percaya (reasonably believes) bahawa pelanggan berada dalam keadaan bahaya (secara fizikal atau dari segi
       emosi), kepada diri sendiri atau orang lain, persetujuan diberikan kepada Pegawai untuk memberi amaran kepada orang dalam bahaya
       dan/ atau menghubungi mana- mana pihak dalam kedudukan untuk mengelakkan pelanggan bertindak bahaya kepada diri mereka sendiri atau
       orang lain, termasuk penguatkuasa undang- undang dan kakitangan perubatan. Jika situasi membenarkan, Pegawai akan berusaha berbincang dan
       mendapatkan kebenaran daripada pelanggan terlebih dahulu
  10.    Pelanggan berhak menyuarakan pendapat mengenai intervensi yang diberikan dan membuat aduan sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan
       sistem perkhidmatan yang disampaikan
 
SKOP PERKHIDMATAN
 
PERKHIDMATAN KLINIKAL
 
  • Menyediakan perkhidmatan penilaian psikologi klinikal, merangkumi penilaian neuroperkembangan (neurodevelopmental), neuropsikologi, penilaian fungsi adaptasi, dan penilaian psikososial 
  • Menjalankan penilaian psikologi, menganalisis dan menintepretasi keputusan penilaian bagi mengenalpasti permasalahan medicolegal atau forensik berdasarkan rujukan 
  • Memberi konsultasi berkaitan perkhidmatan psikologi klinikal kepada pihak yang merujuk
  • Merangka dan menyediakan pelan intervensi psikologikal kepada pesakit yang dirujuk 
  • Menyediakan intervensi psikologi kepada pesakit dan keluarga pesakit
  • Memberi psiko-pendidikan secara individu atau berkelompok kepada individu dan ahli keluarga pesakit
  • Memainkan peranan aktif dalam kumpulan interdisiplin
  • Melaksanakan program pengurusan bencana (disaster management), program latihan dan intervensi krisis (crisis intervention) dan menjalankan intervensi krisis (crisis intervention) an kepada individu, orang awam, dan perawat
  • Memberi perkhidmatan Psychological First Aid apabila diperlukan
 
PERKHIDMATAN PENYELIAAN 
 
  •  Memberi latihan dan penyeliaan kepada pelatih psikologi klinikal yang memenuhi syarat KKM dan Pegawai Psikologi Klinikal lantikan baru
 
PERKHIDMATAN PSIKO-PENDIDIKAN
 
  • Mendidik orang awam dan mempromosi kefahaman bagi meningkatkan pengetahan tentang kesihatan mental
  • Mendidik orang awam terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesihatan perkembangan ahli keluarga mereka yang mendapatkan perkhidmatan psikologi klinikal
 
PENGURUSAN
 
  • Mengkoordinasi perkhidmatan psikologikal yang disediakan oleh pihak jabatan
  • Memberi konsultasi secara aktif dalam pembentukan polisi dan perkembangan perkhidmatan psikologikal di jabatan
  • Menyertai kajian, penilaian kualiti perkhidmatan dan program-program berkaitan  yang dianjurkan oleh jabatan