MAKLUMAT PERKHIDMATAN
Pengenalan & Latar Belakang Unit
Perkhidmatan Unit Rekod Perubatan ini telah wujud apabila seorang Penolong Pegawai Rekod Perubatan ditempatkan di Hospital Bukit Padang pada November 1986. Bilik khas dan kabinet fail telah disediakan dan fail-fail rekod pesakit dikumpul dan dibahagikan mengikut tempat dan klasifikasi.
Walau bagaimanapun, jawatan ini telah dikosongkan apabila Penolong Pegawai Rekod Perubatan tersebut diarah bertukar ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Selepas jawatan tersebut dikosongkan, kerja-kerja di Unit Rekod Perubatan telah diambilalih oleh seorang Pembantu Perubatan. Pada tahun 1990, jawatan Penolong Pegawai Rekod Perubatan telah diisi semula dan beliau dibantu oleh seorang Pembantu Perubatan dan seorang Atendan Kesihatan dalam menjalankan tugasnya dan unit ini telah dapat berfungsi dengan lebih teratur.
Sehingga kini, Penolong Pegawai Tadbir (Rekod) adalah bertanggungjawab mengurus Unit Rekod Perubatan dengan dibantu oleh dua orang Pembantu Tadbir (Rekod) yang mula ditempatkan pada bulan April 1999 dan seorang Pembantu Awam
VISI
- Meningkatkan taraf sistem keselamatan dan pengawalan atau penjagaan rekod perubatan serta maklumat kesihatan dengan mengutamakan kualiti maklumat perubatan disamping menyediakan perkhidmatan yang mesra, penyayang dan memenuhi kehendak pelanggan berlandaskan perkhidmatan yang cekap, cepat dan berkesan bagi membolehkan setiap pelanggan menikmati peningkatan mutu kesihatan dan kehidupan.
MISI
- Mewujudkan sistem perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat pesakit yang berkualiti dan sistematik melalui perkhidmatan yang cekap, teratur dan memenuhi kehendak pelanggan.
OBJEKTIF
- Mengurus rekod perubatan pesakit dengan teratur dan selamat.
- Menyediakan statistik yang tepat.
- Menyediakan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan
Skop Perkhidmatan Unit
- Menerima, menyimpan, menyusun, mengemaskini dan mengeluarkan rekod perubatan dan x-ray pesakit
- Menyediakan Statistik Bulanan Dan Tahunan Sistem Maklumat Rawatan Perubatan (SMRP) berkomputer bagi pesakit dalam dan secara manual , Statistik bagi pesakit luar, perkhidmatan sokongan, beban kerja hospital, laporan HIV dan laporan program dadah
- Mengurus Laporan Perubatan
- Menyelaras Lembaga Perubatan
- Menentukan kod untuk diagnosa(ICD 10) mengikut kod klasifikasi yang ditetapkan
- Memantau aktiviti-aktiviti kualiti "National Indikator Approach" Unit Rekod Perubatan