KLINIK PSIKIATRIK

LATARBELAKANG  DAN ORGANISASI

Unit ini diketuai oleh Pakar Psikiatri dan dibantu oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Juruteknologi Makmal Perubatan,Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti / program di Unit ini berjalan dengan lancar.

Unit ini juga bekerjasama dengan lain-lain unit seperti Unit Rekod Perubatan, Unit Farmasi, Unit Psikologi Dan Kaunseling, Unit Kerja Sosial Perubatan, Unit Komuniti Psikiatri dan Unit Pemulihan Cara Kerja untuk memberi perkhidmatan yang relevan kepada pesakit.

VISI

  • Menyediakan perkhidmatan rawatan psikiatri yang cekap, mesra dan professional kepada pesakit yang memerlukan perkhidmatan.

MISI

  • Memberi  perkhidmatan   rawatan   psikiatri   yang   mudah   diperolehi,   cekap, berdedikasi dan berkesan berlandaskan pengamalan  budaya korporat sesuai dengan kehendak pelanggan

OBJEKTIF

  • Menyediakan Perkhidmatan rawatan pesakit luar yang holistik, cekap, mesra, selesa dan mudah diperolehi.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Pendaftaran Pesakit Luar dan Pesakit Dalam
  • Perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Psikiatri dan Pengesanan dadah
  • Perkhidmatan  Laluan  Mesra untuk  anggota  Hospital  Mesra  Bukit Padang
  • Perkhidmatan Laluan Mesra untuk keluarga anggota Hospital Mesra Bukit Padang.
  • Menyelaras Perkhidmatan Lawatan Pakar Psikiatri ke Hospital-hospital Daerah yang ditentukan,fasiliti-fasiliti kesihatan yang lain dan klinik penjara Kepayan.
  • Menjalankan kajian dari masa ke semasa