CIEC

LATAR BELAKANG DAN ORGANISASI

Unit Intervensi dan Pengkayaan Kanak-kanak (UIPK) atau Child Intervention & Enrichment Centre (CIEC) mula beroperasi pada 11/05/1999 oleh seorang Jururawat.

Pada tahun 21/07/2008 penstrukturan semula unit telah dibuat dimana unit ini di bawah seliaan Unit Pemulihan Carakerja.

Unit ini mempunyai 4 anggota iaitu :

  • 1 Jurupulih Perubatan Cara Kerja U32
  • 1 Jurupulih Perubatan Cara kerja U29
  • 1 Jururawat U29
  • 1 Pembantu Perawatan Kesihatan U11

VISI

  • Menyediakan rawatan pemulihan yang cekap dan berkesan kepada kanak-kanak supaya dapat berdikari dan berfungsi dengan optima.

MISI

  • Memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan untuk memenuhi kepuasan hati keluarga, penjaga dan kanak-kanak dengan mengamalkan budaya korporat serta mempertingkatkan kualiti kerja secara berterusan.

 OBJEKTIF

  • Menjalankan aktiviti intervensi kepada kanak-kanak untuk mempertingkatkan tahap kefungsian mental dan sosial kanak-kanak, serta menyediakan latihan kemahiran dan teknik khusus kepada ibu bapa dan penjaga.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Unit Intervensi & Pengkayaan Kanak-kanak adalah program penilaian dan intervensi untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas yang berumur 12 tahun ke bawah, dirujuk melalui Klinik Psikiatri oleh Pakar Psikiatri / Pegawai Perubatan Hospital Mesra Bukit Padang.
  • Perkhidmatan ini adalah mengikut masa pejabat setiap hari dan ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan hari kelepasan Am.

Masa rawatan adalah seperti berikut :

Hari Isnin - khamis

8.00 pagi    

12.00 petang

 

2.00 petang

4.00 petang  

Hari Jumaat           

8.00 pagi    

11.00 pagi    

 

2.00 petang

4.00 petang