PENGENALAN
Unit Komuniti Psikiatri atau Community Mental Health Team ( CMHT ) telah diwujudkan pada 19 Januari 1996, bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan perawatan sehingga ke peringkat komuniti.
Ia merangkumi :
- perawatan di rumah, di mana pesakit dirawat di kediaman mereka.
- perawatan hospital, di mana pesakit dimasukkan ke wad apabila gejala penyakit tidak dapat dikawal melalui perawatan di rumah.
- rehabilitasi psikososial dalam komuniti, di mana pesakit dibantu mengoptimakan fungsi mereka di komuniti
OBJEKTIF
- Memberi rawatan yang lebih komprehensif kepada pelanggan - pelanggan.
- Memberi rawatan berterusan di rumah dalam persekitaran sebenar pelanggan.
- Pengesanan awal gejala - gejala penyakit untuk tindakan awal diberi.
- Memperkasakan penglibatan keluarga, penjaga serta masyarakat dalam penjagaan pelanggan.
- Mengurangkan stigma masyarakat terhadap pelanggan yang mengalami penyakit mental.
MISI
- Sebuah pasukan profesional yang bersifat dinamik, progresif dan multidisiplin. Pasukan ini komited dalam meningkatkan keupayaan individu - individu yang mengalami penyakit mental yang serius, ahli keluarga mereka dan masyarakat. Perawatan diberikan terus ke dalam komuniti melalui penggunaan dan pengagihan sumber - sumber bertujuan untuk meningkatkan mutu kesihatan mental secara optimum dan bijak.
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan CMHT merangkumi :
- Penjagaan pesakit akut ( Acute home care ). Rawatan untuk pesakit dan keluarga yang sedang mengalami krisis bagi meningkatkan sokongan terhadap keluarga dan menggalakan rawatan secara langsung di komuniti.
- Penjagaan pesakit assertif ( Assertive home care ). Perawatan bagi pesakit yang mempunyai masalah logistik atau kecacatan fizikal yang menghalang dari menghadiri pusat rawatan yang terdekat.
- Direct discharge. Penghantaran pesakit terus dari wad ke rumah, disebabkan masalah logistik yang menghalang ahli keluarga dari mengambil pesakit
Kawasan perkhidmatan CMHT adalah mengikut zone:
ZONE KAWASAN PERKHIDMATAN
- Penampang
- Menggatal
- Telipok, Inanam, Menggatal
- Petagas, Putatan, Ketiau, Kinarut