PENGENALAN
Unit Terapi Elektrokonvulsif adalah salah satu unit yang terdapat di Hospital Mesra Bukit Padang untuk memberi perkhidmatan rawata Terapi Elektrokonvulsif yang telah mula beroperasi sejak tahun 1972. Unit ini terletak di bersebelahan dengan wad 6.
Terapi Elektrokonvulsif adalah sejenis rawatan fizikal biasanya diberi atas nasihat Pakar Psikiatri contohnya seperti pesakit yang tidak menunjukkan tanda-tanda pulih dari penyakit yang dialami sepelas menerima rawatan ubat-ubatan dan pesakit yang menghidapi penyakit mental berisiko untuk membunuh diri.
Masa berkerja untuk memberi perkhidmatan adalah seperti berikut :
HARI | PAGI | PETANG |
Isnin – Khamis | 08.00 am – 1.00 pm | 02.00 pm – 05.00 pm |
Jumaat | 08.00 am – 11.30 am | 02.00 pm – 05.00 pm |
Hari Kelepasan Am | 08.00 am – 1.00 pm |
VISI
- Pusat Kecemerlangan dalam memberi Perkhidmatan Psikiatri dan Kesihatan Mental yang komprehensif dan berkualiti.
MISI
Merealisasikan dan berusaha bersama-sama dengan :
- Memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti dan selamat
- Cekap
- Tidak membebankan
- Disesuaikan dengan persekitaran
- Inovatif
- Mengutamakan Pencapaian
- Latihan Modal Insan yang berterusan
Berteraskan nilai-nilai :
- Integriti
- Berdedikasi
- Dinamik
- Sedia Membantu
- Akauntabiliti
- Kredibiliti
Menekankan sifat-sifat :
- Mesra Pelanggan
- Penyayang, Profesionalisma dan kerja berpasukan
- Sifat Hormat Menghormati, Sesama Insan
- Penglibatan Masyarakat
OBJEKTIF
- Kearah peningkatan perkhidmatan Psikiatri dan kesihatan mental yang selamat, selesa, cekap, berkesan, kondusif, inisiatif dan proaktif.
- Sebagai Pusat Rujukan dan menyelaras, merancang, memantau dan meningkatkan perkhidmatan Psikiatri dan kesihatan mental di Negeri Sabah.
- Meningkatkan kefahaman dan kesedaran kesihatan Mental dikalangan pelanggan dan komuniti melalui program-program promosi kesihatan Mental.
- Memberi layanan yang MESRA kepada setiap pelanggan serta prihatin kepada kehendak-kehendak pelanggan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan Budaya Korporat.
- Mewujudkan modal Insan yang bersikap saling hormat menghormati, berdisiplin dan komited terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dan dinamik dalam peningkatan kualiti yang berterusan.
- Menyediakan program latihan dan pendidikan berterusan kepada anggota hospital dalam menjana tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.
- Menggalakkan kemajuan dalam bidang penjagaan Psikiatri melalui kajian dan penyelidikan.
- Menjalinkan kerjasama dan hubungan baik dengan agensi-agensi bukan kerajaan dan swasta bagi menyediakan perkhidmatan yang komprehensif.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, mesra, hormat, bersopan santun, jujur, ikhlas dan secara professional.
- Semua pelanggan yang mendapat rawatan ini akan dikendalikan oleh Pegawai dan kakitangan yang mahir dan telah diiktiraf oleh Pakar dengan mendapat surat Credentialing & Privileging.
- Setiap pelanggan akan didaftarkan dalam masa 5 minit selepas sampai ke unit ini.
- Semua pelanggan akan diberi rawatan dalam masa 40 minit setelah didaftarkan.
Setiap pelanggan baru dan keluarganya akan diberi penerangan mengenai peraturan unit dan maklumat sewajarnya semasa pendaftaran. - Semua pelanggan akan dibuat “GA Assessment” oleh Pegawai Perubatan / Penolong Pegawai Perubatan Bius dan rawatan akan dilaksanakan hanya dalam ‘Physical Status ASA 1 & 2’ sahaja.
- Setiap pelanggan akan diberi jaminan, keselamatan dan kehormatannya akan sentiasa terpelihara sepanjang sesi rawatan diberikan.
Setiap pelanggan yang telah menerima rawatan ini akan hanya dihantar balik ke wad oleh anggota wad bagi pesakit dalam atau dibawa balik ke rumah oleh keluarga bagi pesakit luar dalam masa 30 minit sehingga 60 minit bergantung kepada tahap kesedaran dan tanda-tanda vital.
Selepas rawatan ini dijalankan pihak pelanggan akan dibekalkan dengan perkara berikut :
- Maklumat temu janji dan rawatan susulan akan datang.
- Nasihat
- Pendidikan/Promosi kesihatan
Skop Perkhidmatan :
- Rawatan Acute ECT
- Rawatan Maintenance ECT
- Perkhidmatan rawatan pergigian dari Klinik Kesihatan Pergigian Luyang
- Pengendalian kes-kes kecemasan