PENGENALAN
Unit kejururawatan diwujudkan pada 7 Mei 2010 selepas seorang Ketua Penyelia Jururawat U42 telah di tukar ke Hospital mesra Bukit Padang (HMBP) pada 16 Mac 2009 manakala seorang lagi penyelia jururawat U42 Klinikal telah dipindah masuk pada 01 Oktober 2013.
Setakat ini Unit Kejururawatan diketuai oleh 1 Ketua Penyelia Jururawat U42 dan dibantu oleh 4 Penyelia Jururawat U36 dan seorang Jururawat U29.
Unit ini adalah unit induk pentadbiran, perancangan, perlaksanaan pemantauan serta penyeliaan penilaian aktiviti-aktiviti anggota kejururawatan yang merangkumi Jururawat & Jururawat Masyarakat yang berjumlah 104 orang yang ditempat kan di 10 buah wad, Unit Kualiti, Unit Pormosi, Unit CMHT, Unit CIEC dan Klinik Pakar Psikiatrik.
VISI
- Meningkatkan prestasi profesion kejururawatan pada tahap yang unggul demi kecemerlangan perkhidmatan.
MISI
- Menekankan semua anggota kejururawatan lebih berpengetahuan dalam penjagaan kejururawatan Psikiatri.
OBJEKTIF
- Merancang dan menyediakan penjagaan kejururawatan Psikiatri dan pemulihan yang cekap,berkualiti dan menyeluruh agar pesakit dapat dipulihkan dengan cepat serta dapat mengekalkan tahap kebolehan atau kefungsian mereka yang optima.
SKOP PERKHIDMATAN:
- Menyediakan perkhidmatan kejururawatan yang berkualiti
- Menyelaras tenaga kerja kejururawatan agar bersesuaian dan mencukupi mengikut beban kerja.
- Merancang dan melaksanakan latihan berterusan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota.
- Memastikan etika dan profesionalisma kejururawatan sentiasa terjamin dan diamalkan.