UNIT MENTARI

Pengenalan
 
Pusat Kesihatan Mentari Masyarakat (PKMM) ialah tempat di mana penjagaan dan rawatan berkaitan kesihatan mental diberikan di dalam sebuah komuniti. Perkhidmatannya merangkumi perkhidmatan saringan, diagnosa, rawatan dan pemulihan kepada sesiapa yang mengalami sebarang jenis penyakit mental (Akta Kesihatan Mental 2001). 
Pusat Kesihatan Mental Masyarakat  Mentari Kota Kinabalu ini merupakan satu cabang perawatan Psikiatri yang dibangunkan dengan tujuan melaksanakan serta mengembangkan program-program promosi kesihatan mental, pencegahan serta rawatan penyakit mental dan juga rehabilitasi kepada pesakit-pesakit yang telah didiscaj dari hospital.
 
Objektif:
 
  • Mempromosikan kesihatan mental, memperkenalkan langkah pencegahan dan membuat saringan penyakit mental serta memastikan rawatan awal diberikan. 
  • Menimbulkan kesedaran dikalangan masyarakat untuk mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap penghidap penyakit mental.
  • Menyediakan kesinambungan rawatan kesihatan mental di persekitaran yang dapat dijangkau oleh masyarakat.
  • Menyediakan pemulihan dan intervensi ,psikoterapi,pendidikan pesakit dan keluarga.
 
VISI
 
  • Menjadi satu organisasi yang mantap dan komited bagi memberikan perkhidmatan kesihatan mental yang berteraskan budaya Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisma kepada pelanggan dan masyarakat ke arah mencapai kesihatan mental yang optima seiring menuju era globalisasi yang penuh cabaran.
 
 MISI
 
  • Bersama menjadikan kesihatan mental yang optimum sebagai teras utama kesihatan  fizikal serta kehidupan yang sihat.
 
SKOP PERKHIDMATAN
 
  • Promosi Kesihatan Mental.
  • Saringan dan pengesanan awal.
  • Perkhidmatan Rawatan Klinik Pakar Psikiatri.
  • Pasukan Psikiatri Komuniti.
  • Intervensi Psikososial & Rehabilitasi
  • Perkhidmatan Penjagaan Harian (Psychiatric Day Care).
  • Kajian dan inisiatif Kualiti.