UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

LATAR BELAKANG DAN ORGANISASI
 
Unit Penolong Pegawai Perubatan (UPPP) Hospital Mesra Bukit Padang adalah unit induk bagi mentadbir serta perlaksanaan,pemantauan, penyeliaan  dan  penilaian aktiviti-aktiviti anggota paramedik yang merangkumi jawatan Penolong Pegawai Perubatan ( Gred U29, U32, U36 dan U42 ), Pembantu Perawatan Kesihatan ( Gred U16, U14, U11) dan Pemandu Kenderaan Bermotor ( H14,H11,R6 ). Anggota-anggota ini ditempatkan di 6 buah wad dan 4 buah unit di Hospital Mesra Bukit Padang.
 
VISI
 
  • Mengekalkan dan meningkatkan prestasi profesion Penolong Pegawai Perubatan pada tahap yang unggul demi kecemerlangan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan melalui pengamalan budaya korporat dan peningkatan kualiti yang berterusan. 
 
MISI
 
  • Menyediakan perkhidmatan yang cemerlang demi membantu pelanggan menikmati kehidupan yang berkualiti berlandaskan konsep Kod Etika Penolong Pegawai Perubatan.
 
OBJEKTIF
 
  • Menyediakan penjagaan pesakit psikiatri dan pemulihan yang cekap, berkualiti dan menyeluruh agar pesakit dapat dipulihkan dengan cepat dan dapat mengekalkan tahap kebolehan atau fungsi mereka yang optima yang mungkin
 
 
SKOP PERKHIDMATAN
 
  • Menyediakan Perkhidmatan Perawatan Pesakit Psikiatri bagi Penolong Pegawai Perubatan yang bermutu dan berdaya saing.
  • Menyelaras tenaga kerja Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan yang bersesuaian dan mencukupi.
  • Memastikan anggota Penolong Pegawai Perubatan sentiasa mempertingkatkan amalan dan kod etika Penolong Pegawai Perubatan agar professionalisma profesyen sentiasa terjamin melalui aktiviti kaunseling, motivasi dan penyeliaan berterusan.
 
Berikut adalah unit-unit dibawah jagaan Unit Penolong Pegawai Perubatan:
 
  1. Jabatan Pesakit Luar ( Klinik Psikiatri )
  2. Unit Perkhidmatan Kenderaan & Ambulan
  3. Wad bukan akut – Wad 3, 4 dan 10 bagi lelaki.
  4. Wad forensik – Wad 7 dan (Lelaki)
  5. Unit Terapi Elektro Konvulsif (ECT)
  6. Unit  Community Mental Health Team (CMHT )
  7. Unit Mentari
  8. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)