PERUTUSAN KETUA JABATAN

 

i.jpg

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Saya selaku Pengarah Hospital Mesra Bukit Padang memberikan komitmen bahawa kami sebagai satu pasukan akan berusaha dengan sedaya upaya kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan kami. Sebagai sebuah institusi psikiatri yang telah menyampaikan perkhidmatan selama 50 tahun iaitu sejak tahun 1972 di Kota Kinabalu, kami sentiasa berusaha meningkatkan kemudahan prasarana di hospital ini serta melaksanakan latihan berterusan untuk semua anggota agar kualiti perkhidmatan Hospital Mesra Bukit Padang dapat mencapai tahap yang cemerlang serta memenuhi aspirasi rakyat. Segala maklumbalas, teguran, cadangan penambahbaikan serta sokongan yang berterusan daripada para pelanggan, pemegang taruh serta anggota masyarakat adalah amat dihargai.

PERAWATAN PSIKIATRI KE ARAH PENDEKATAN HOLISTIK

Sekian, terima kasih.

Dr.Mohammad Firdaus bin Abdul Aziz
Pengarah Hospital
Hospital Mesra Bukit Padang