Untuk merealisasikan
visi jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan yang
lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh
anggota-angggota yang mengamalkan professionalisme, kerja berpasukan,
penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi
kehidupan yang lebih bermutu.
Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di negeri Sabah perihatin
dan melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembetukan masyarakat
yang sihat sejahtera.
Melaksanakan program-program Kementerian dengan pembekalan perkhidmatan perubatan,
Kesihatan dan Pergigian di peringkat Negeri dan Daerah bagi meninggikan taraf Kesihatan rakyat supaya mencapai dan mengekalkan suatu taraf Kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bercorak
penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan dengan memberi tekanan kepada golongan-
golongan yang kurang bernasib baik.
Pemenang-pemenang Pertandingan Hospital / Klinik Terceria Tahun 2007 Sempena Bulan Kemerdekaan Ke-50 Peringkat JKN Sabah.
Galeri JKN Sabah
Untitled Document
PENAFIAN:Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.