Image
Image

Permohonan Penempatan Pegawai Perubatan Baru JKN Sabah (Bukan Pakar)

21 Sep

PENEMPATAN

Untuk mendapatkan penempatan di JKN Sabah bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) dari luar Sabah yang baru, sila emelkan butir-butir  berikut ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Penempatan akan diberikan melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dalam 5 hari bekerja selepas JKN Sabah menerima senarai nama yang rasmi daripada Bahagian Sumber Manusia, KKM. Penempatan tidak akan diberikan secara lisan melalui telefon.


Pegawai Perubatan Gred UD41 yang baru tamat Latihan PPS 

Butir-butir: 
1) Nama Penuh:
2) No. Pendaftaran Penuh MMC (sila lampirkan sijil):
3) No. Kad Pengenalan:
4) Status lantikan (kontrak/tetap):
5) No. telefon:
6) Tarikh lapor diri:
7) Tarikh Penangguhan (jika ada):
8) Hospital/ Jabatan/ Bidang yang diminati:
9) Peperiksaan yang telah lulus: contohnya MRCP, MRCS dan lain-lain (sila sertakan keputusan di dalam emel) 
10) Tempat Latihan Siswazah:
11) Sila nyatakan semua posting semasa housemanship.
12) Sila lampirkan surat penempatan KKM.

Pegawai Perubatan Gred UD43-UD54 (bukan Pakar) 

Butir-butir: 
1) Nama Penuh:
2) No. Pendaftaran Penuh MMC (sila lampirkan sijil):
3) No. Kad Pengenalan:
4) Status lantikan (kontrak/tetap):
5) No. telefon:
6) Tarikh lapor diri:
7) Tarikh Penangguhan (jika ada):
8) Hospital/ Jabatan/ Bidang yang diminati:
9) Peperiksaan yang telah lulus: contohnya MRCP, MRCS dan lain-lain (sila sertakan keputusan di dalam emel) 
10) Pengalaman tempat dan tarikh bekerja sebagai Medical Officer:
11) Sila lampirkan surat penempatan KKM.

Penempatan bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) akan diberikan berdasarkan minat pemohon dan kekosongan serta keperluan perkhidmatan. Pegawai boleh mendapatkan surat penempatan JKN Sabah daripada Puan Nur Emmaniza Binti Abdul Jalil (Unit Pertukaran dan Perjawatan, Bahagian Pengurusan, JKN Sabah) melalui emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Pegawai perlu melapor diri kepada Bahagian Perubatan dan Bahagian Pengurusan di Bangunan Rumah Persekutuan pada tarikh kuatkuasa seperti yang telah ditetapkan oleh Pihak KKM. Sila sediakan sesalinan surat lapor diri KKM atau PTJ asal.

RAYUAN PENEMPATAN DALAM JKN SABAH

Rayuan penempatan dalam JKN Sabah boleh dibuat melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. sebanyak sekali sahaja dengan ALASAN YANG KUKUH. Sila lampirkan dokumen-dokumen yang relevan contohnya laporan perubatan terkini, surat kahwin, surat beranak untuk anak-anak di bawah jagaan. 

RAYUAN PENEMPATAN JKN (PERINGKAT KKM)

Sekiranya rayuan penempatan JKN di peringkat KKM telah berjaya, sila maklumkan ke Bahagian Perubatan JKN Sabah melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENANGGUHAN

Bahagian Perubatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
 
 
Last modified on Friday, 23 June 2023 01:43
PENAFIAN :
JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2018 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768