

BAHAGIAN KEJURURAWATAN |
|
![]() |
Matron Nancy binti Borubui |
1. LATAR BELAKANG
2. OBJEKTIF
3. MISI
Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan:-
4. VISI
Visi bahagian Kejururawatan adalah memperkasakan perkhidmatan kejururawatan kea rah memberi perawatan yang holistik dan selamat.
SKOP TUGAS UNIT JURURAWAT JKN SABAH
7.1 |
Pentadbiran Kejururawatan |
|
Pentadbiran kejururawatan diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat Negeri Sabah. Mesyuarat pengurusan tertinggi kejururawatan dilaksanakan berjadual empat kali setahun dengan keahlian semua Ketua Penyelia Jururawat hospital dan Kesihtan awam. Ia bertujuan memastikan keseragaman tadbir urus kejururawatan. Bagi memastikan kualiti perawatan kejururawatan sentiasa di pantau pencapaian dan berkualiti. Mesyuarat teknikal Peringkat Negeri dilaksanakan sebanyak dua kali setahun. - Memantau dan mengawal kepatuhan disiplin anggota jururawat. |
7.2 |
Pengurusan Sumber Manusia |
|
Sumber manusia unit jururawat berperanan menganalisa keperluan jururawat serta membuat permohonan baru (ABM). - Mencadangkan penempatan berdasarkan kekosongan dan kepakaran pos basic. - Pengagihan jururawat berdasat keperluan perkhidmatan dan mengambil kira permohonan jururawat sekiranya ada kekosongan. |
7.3 |
Pemantauan Kepatuhan Akta Kejururawatan |
|
Setiap jururawat perlu mematuhi Akta Jururawat dan Code Of Professional Conduct for nurses. Ia adalah peraturan yang wajid dipatuhi oleh jururawat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawap. Setiap Jururawat juga wajid memiliki Annual Practice certificate bagi membolehkan boleh mengamal perawatan di Malaysia. |
7.4 |
Penyeliaan Klinikal |
|
Unit Jururawat juga terlibat dalam aktiviti penyeliaan klinikal. Pasukan turun padang ke PTJ untuk memantau kepatuhan standard of procedure dan memastikan perawatan berkualiti dan patient safety dikekalkan.
|
7.5 |
Latihan Dalaman |
|
Latihan Dalaman bertujuan menentukan setiap jururawat sentiasa kemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran klinikal. Bagi kelancaran Latihan dalaman unit jururawat menyediakan : - Takwim Latihan setiap tahun - Latihan dilaksanakan setiap bulan secara fizikal atau wensinar. - Pre test dan pos test dilaksanakan untuk melihat keberkesanan. - Menyelaras permohonan Pos Basik dan Pelatih Jururawat IPTA/IPTS. |
7.6 |
Program Kualiti Kejururawatan |
|
Program Kualiti Kejururawatan bermatlamat memantau kualiti perawatan dan patient safety dikekalkan. Antara elemen yang yang dilaksanakan dalam kualiti kejururawatan adalah :- - KPI Kejururawatan : Penempatan Jururawat sesuai dengan kepakaran pos basik bagi Gred U29. Dengan sasaran 90%. - National Nursing Audit yang dilaksanakan dua kali setahun. - Audit NORNA dilaksanakan dua kali setahun ( Dewan Bedah) - Pemantauan NNIA dipantau setiap tiga bulan. - Pengurusan aduan terhadap jururawat. |
7.7 |
Penyelidikan Kejururawatan |
|
Jururawat digalakkan melaksanakan penyelidikan bagi meningkat kualiti perawatan. - Unit jururawat sentiasa menyokong dan memberikan bimbingan. - Menyelaras perlaksanaan penyelidikan - Mengkompail penyelidikan kejururawatan - Menyedia laporan penyelidikan untuk dihantar ke BKJ, KKM. |
7.8 |
Menyediakan reten aktiviti Kejururawatan |
|
Unit jururawat mengkompail reten aktiviti jururawat di JKN Sabah, menganalisa tren pencapaian dan mencadang strategi penambahbaikan sebelum dihantar ke BKJ, KKM. - Reten Sumber manusia - Audit NNA, NORNA, KPI, Aduan, Penyelidikan. - AHK 1-12 ( Perjawatan) - Laporan Pengurus wad, IPTS/IPTS. |
Disediakan Oleh : KPJN Nancy Binti Borubui ( 08.Mac. 2021)