Pendaftaran Online
- Hits: 2657
![]()
RASIONAL LOGO KEJOHANAN
Jalur berbentuk gunung melambangkan Gunung Kinabalu yang amat sinonim dengan Negeri Sabah, tuan rumah Kejohanan Sukan dan Olahraga, Kementerian Kesihatan Malaysia ke-27. Keteguhan Gunung Kinabalu menjadi sandaran kepada tiga elemen warna iaitu merah, biru dan kuning.
Warna merah melambangkan tenaga, kekuatan, semangat dan keberanian para atlit yang mengambil bahagian.
Warna biru melambangkan kreativiti, kerjasama, percaya-mempercayai dan kesabaran pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus menjayakan penganjuran kejohanan kali ini.
Warna kuning melambangkan kebijaksanaan, daya imaginasi dan saling hormat-menghormati antara atlit dan pegawai sukan yang terlibat.
Obor melambangkan keharmonian, muhibah dan usaha gigih untuk mencapai kesempurnaan dalam penganjuran kejohanan sukan dan olahraga Kementerian Kesihatan Malaysia ke-27.










