awamjknsswasta
 


BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN

(Kosong)
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan)


Isnin, 10 Mac 2014 08:00

Pengenalan

Pada 1hb Julai 2010 Program Keselamatan & Kualiti Makanan (pada tahun 1980an dikenali sebagai Aktiviti Kawalan Mutu Makanan) telah diwujudkan sebagai program baru dibawah kod program 070000. Perlaksanaan program baru ini di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan. Manakala di peringkat Pejabat Kesihatan Kawasan/Daerah perlaksanaan oleh Unit Keselamatan & Kualiti Makanan.

Objektif Umum

Melindungi orang ramai terhadap bahayanya di segi kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.

Objektif Khusus

  1. Memastikan penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah bersih dan selamat serta mematuhi akta makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  2. Memastikan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
    • bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan bertujuan penipuan;
    • mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan;
    • dilabel dan diiklan dengan mencukupi serta memberi gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
  3. Memastikan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi akta makanan 1983 dan peraturan-peraturan makanan 1985.
  4. Memastikan makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi keperluan oleh negara-negara pengimport dan mematuhi peraturan-peraturan makanan pengeluaran sijil bagi tujuan eksport makanan.

Perkhidmatan Yang Diberikan

  1. Pemantauan Makanan
  2. Perkhidmatan Makmal Makanan
  3. Perlesenan Air Minuman Berbungkus Dan Air Mineral Semulajadi
  4. Perlesenan Ais Untuk Perniagaan Dan Perdagangan
  5. Akreditasi Baru Dan Pembaharuan Sekolah Latihan Pengendalian Makanan
  6. Sijil Penjualan Bebas
  7. Skim Pensijilan Mesti
  8. Skim Pensijilan Gmp
  9. Skim Pensijilan Haccp
  10. Skim Pensijilan Haccp Untuk Dapur Hospital
  11. Sijil Kesihatan Untuk Tujuan Eksport

Undang - Undang

  1. Akta Makanan 1983
  2. Peraturan-Peraturan Makanan 1985
  3. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009
  4. Peraturan-Peraturan Makanan (pengeluaran sijil kesihatan bagi eksport ikan dan keluaran ikan ke kesatuan eropah) 2009
  5. Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2009
Read 10201 times Last modified on Isnin, 10 Mac 2014 16:52

Soalan Lazim (Keselamatan & Kualiti Makanan)

  • Adakah semua pengilang ais perlu mempunyai lesen ais? +

    Ya. Semua pengusaha ais bagi tujuan jualan perlu memohon lesen. Terdapat peruntukan di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan
  • Apakah jenis premis yang perlu didaftarkan? +

    1. Premis yang terlibat dalam pengilangan makanan 2. Premis yang terlibat dalam katering makanan dan katering makanan secara besar-besaran 3.
  • Apakah Perkhidmatan Pensijilan yang ditawarkan di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan? +

    Terdapat 5 perkhidmatan pensijilan yang ditawarakan iaitu : 1. Skim Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) 2. Skim Pensijilan
  • Apakah Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Memohon Lesen Ais? Berapakah bayaran yang dikenakan? +

    Syarat – syarat kelayakan untuk memohon adalah : 1. Pemohon hendaklah memastikan kilang memproses ais telah siap dibina serta sedia untuk digunakan.
  • Bagaimana cara saya boleh mendaftarkan premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia? +

    Pendaftaran premis makanan boleh dilakukan dengan 3 cara: 1. Mendaftar secara atas talian (online) di http://fosimdomestic.moh.gov.my 2. Mengisi borang pendaftaran
  • 1
Text Size