awamjknsswasta
 


BAHAGIAN PENGURUSAN

Dr. Muharrir bin Kamarudin
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)


Isnin, 10 Mac 2014 08:00

Bahagian ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan pentadbiran personel, kewangan, latihan, kontrak dan bekalan, pembangunan, ICT, kualiti, kaunseling dan tatatertib bagi mempastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai. Program Pengurusan dilaksanakan melalui dua aktiviti utama iaitu Aktiviti Pengurusan Negeri dan Aktiviti Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan.

Objektif Bahagian Pengurusan

1.Memastikan pengurusan sumber manusia ditadbir secara efektif dan EFISIEN;
2.Memastikan sumber kewangan diurus dengan telus dan berintegriti;
3.Memastikan perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan dilaksanakan secara mampan selaras dengan kehendak stakeholder; dan
4.Memantapkan penyampaian perkhidmatan berteraskan penggunaan teknologi maklumat terkini

Misi Bahagian Pengurusan

Ke arah pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan dan teknologi maklumat yang unggul berlandaskan budaya profesionalisma, kerja berpasukan dan penyayang.

Visi Bahagian Pengurusan

Ke arah pengurusan sumber yang Premier.

Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan

1. Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mengamalkan etika kerja bertanggungjawab, cekap, integriti dan berinovasi;
2. Memastikan pengesahan lantikan diproses dalam tempoh 3 bulan dari tarikh melapor diri;
3. Memastikan dokumen urusan persaraan anggota diproses dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh persaraan;
4. Memastikan pembayaran diproses dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima;
5. Memastikan urusan tender kontrak bermasa diproses dalam tempoh 6 bulan sebelum kontrak tamat; dan
6. Memastikan aduan dijawab dalam tempoh 5 hari bekerja

Read 20166 times Last modified on Isnin, 10 Mac 2014 16:26
More in this category: Bahagian Perubatan »

Soalan Lazim (Pengurusan)

  • Adakah nama seorang staff yang telah ditawarkan ke jawatan lain atau menyambung pelajaran perlu dikeluarkan dari rekod perjawatan? +

    Selagi kakitangan tersebut tidak mengemukakan surat pelepasan jawatan, maka nama kakitangan tersebut harus dikekalkan di dalam rekod perjawatan.
  • Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa melapor diri untuk lantikan baru? +

    Kakitangan lapor diri perlu menyertakan salinan surat SPA atau KKM, gambar 4 keping dan salinan pendaftaran sementara (bagi Pegawai Perubatan)
  • Pihak siapakah yang akan membayar gaji dan emolument kakitangan dalam urusan pinjam jawatan? +

    Gaji dan emolument kakitangan dalam urusan pinjam jawatan adalah dibayar oleh PTJ dimana jawatan tersebut diwujudkan dalam ertikata lain PTJ
  • 1
Text Size