awamjknsswasta
 


Dasar Kualiti / Piagam Pelanggan

Dasar Kualiti, Objektif Kualiti dan Piagam Pelanggan JKN Sabah

Isnin, 10 Mac 2014 08:00

Dasar Kualiti

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap dan memenuhi keperluan pelanggan berasaskan nilai-nilai budaya korporat sejajar dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan melaksanakan program penambahbaikan bagi memastikan pelanggannya mendapat faedah berterusan daripada pelaksanaan MS ISO 9001:2008.



Objektif Kualiti Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Bahagian Pengurusan

  1. Memastikan pembayaran diproses dalam tempoh 14 hari dokumen lengkap diterima oleh Unit Kewangan dan Akaun;
  2. Memastikan pengesahan lantikan diproses dalam tempoh 3 bulan dan tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  3. Memastikan dokumen urusan persaraan anggota dihantar kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan anggota

Bahagian Perubatan

  1. Semua Pegawai Perubatan dan Jururawat akan mempunyai sijil pendaftaran penuh dan sijil amalan tahunan
  2. Pemantauan National Indicator Approach (NIA) dibuat setiap 6 bulan dengan pencapaian kepatuhan 100% dalam semua indicator NIA
  3. Semua Hospital melaksanakan audit Kejururawatan dengan kepatuhan (conformance) 90% dalam prosedur yang telah dipilih

    Audit bagi Bahagian Hospital :-
    1. Administration of Oral Medication 90%
    2. Administration of Intravenous Infusion 90%
    3. Aseptic Wound Dressing 90%
    4. Blood and Blood Component Transfusion 90%

Bahagian Farmasi

  1. Pemantauan National Indicator Approach/Program Kepastian Kualiti (NIA/QAP) dibuat sekurang-kurangnya 6 bulan sekali;
  2. Lebih daripada 90% permohonan lesen yang lengkap selesai diproses dalam masa 10 hari bekerja

Bahagian Pergigian

  1. Semua Pegawai Pergigian mestilah mempunyai sijil Amalan APC semasa;
  2. Pemantauan Sasaran Tahunan Negeri dan National Indicator Approach (NIA) dibuat setiap suku tahun

Bahagian Kesihatan Awam

  1. Membincangkan kesemua kes-kes kematian ibu mengandung dalam mesyuarat Kematian Ibu di peringkat ibu pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dalam masa 3 bulan dari tarikh kematian;
  2. Mengemukakan 100% laporan awal wabak ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 24 jam dari tarikh wabak disahkan;
  3. Menghantar 100% laporan akhir wabak ke Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh 1 bulan dari tarikh wabak disahkan tamat;
  4. Menyediakan laporan teknikal HIV/AIDS/Kematian setiap 6 bulan
  5. Sijil Kesihatan Untuk Pengeksportan Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah dikeluarkan 1 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

  1. Mengemukakan laporan akhir surveilan kepada pihak kilang dalam tempoh 7 hari dari tarikh semua tindakan pembetulan telah dipatuhi
  2. Memberi perakuan sokongan oleh ahli jawatankuasa bagi Tujuan Perlesenan Air Mineral Semulajadi/ Air Minuman Berbungkus dalam tempoh 1 hari bekerja
  3. Laporan Pengauditan Sekolah Latihan Pengendali Makanan disediakan dalam tempoh 7 hari selepas audit akreditasi dijalankan
  4. Sijil Penjualan Bebas dikeluarkan 1 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima

Cawangan Perubatan Tradisional & Komplementari

  1. Mendaftar pengamal dalam Sistem e-pengamal dalam tempoh kurang daripada 14 hari dari tarikh menerima Borang Pendaftaran Pengamal Perubatan Tradisional & Komplementari Tempatan


Piagam Pelanggan

Warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berjanji akan memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi dan dilaksanakan dengan berkesan :

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopansantun, jujur dan ikhlas
  • Setiap pelanggan boleh mendapat penerangan, penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diperlukan
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan selesa
  • Setiap pelanggan akan dilayan dalam tempoh 5 minit sebaik tiba untuk berurusan di bahagian masing-masing
Read 6568 times Last modified on Isnin, 10 Mac 2014 12:06
Text Size