awamjknsswasta
 


Imbasan Sejarah JKN Sabah

Kenali JKN Sabah.

Isnin, 10 Mac 2014 08:00

Perkhidmatan Perubatan di negeri Sabah telah wujud sejak zaman Koloni British lagi. Sehingga awal tahun 60-an, Perkhidmatan Kesihatan di Sabah dikenali sebagai North Borneo Medical Department. Pada masa tersebut, hanya terdapat 2 buah Hospital Umum dan 7 buah Hospital Kotej. Apabila Sabah menjadi salah sebuah negeri dalam Malaysia pada 16 hb. September 1963, maka secara otomatik Perkhidmatan Kesihatan yang dikenali ketika itu sebagai Department of Medical Services diserahkan kepada kerajaan negeri Sabah daripada Koloni British dan seterusnya kerajaan negeri Sabah menyerahkan pentadbiran kesihatan kepada Persekutuan Malaysia dan dinamakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah terletak di Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, Kota Kinabalu. Secara amnya, Jabatan ini memberikan perkhidmatan yang merangkumi Pengurusan, Perubatan, Kesihatan Awam, Farmasi dan Pergigian.

Semenjak tahun 1980-an hingga kini bilangan perkhidmatan kesihatan yang diberikan semakin meningkat contohnya bilangan hospital bertambah begitu pesat untuk menampung keperluan kesihatan di negeri ini.



Mantan-Mantan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Berikut adalah mantan-mantan pengarah yang pernah menaburkan bakti kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sila 'Mouse Over' gambar untuk melihat informasi mantan pengarah.

Ybhg. Datuk Dr. Yusof bin Hj Ibrahim

Tempoh Berkhidmat :
2010 - Disember 2012

Dr. Haji Marzukhi Bin Md. Isa

Tempoh Berkhidmat :
Feb 2008 hingga Jan 2010

Y. Bhg. Datuk Dr. Rahimah Mohd. Said

Tempoh Berkhidmat:
April 2006 - Feb 2008

Dato' Dr. Zainul bin Hamzah

Tempoh Berkhidmat :
2001 - Mac 2006

Dr. Haji Saimy bin Ismail

Tempoh Berkhidmat :
Julai 1998 - Jun 2001

Dr. Surindar Singh Dhillon
JSM,PJK

Tempoh Berkhidmat :
Sept 1996 - Nov 1997

Datuk Dr. Mechiel K. K Chan
PGDK, JSM, ASDK

Tempoh Berkhidmat :
Jul 1977 - Mac 1996

Tan Sri Dato' Dr. Abdullah b. Abdul Rahman

Tempoh Berkhidmat :
April 1975 - Jun 1977

Tan Sri Datuk Dr. Khalid b. Sahan

Tempoh Berkhidmat :
Feb 1972 - Mac 1975

Dr. Duncan M. Cameron

Tempoh Berkhidmat :
1963 - Mei 1970

Dr. L. J. Clapham

Tempoh Berkhidmat :
1954 - 1962

Read 7192 times Last modified on Isnin, 10 Mac 2014 14:07
Text Size