awamjknsswasta
 


Misi / Visi / Objektif

Misi dan Visi JKN Sabah.

Isnin, 10 Mac 2014 08:00

Misi KKM / JKN

MISI KKM
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

  • mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
  • menghargai kesihatan sebagai aset paling beharga
  • mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan


ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

  • mengutamakan pelanggan
  • saksama
  • tidak membebankan
  • cekap
  • wajar mengikuti teknologi
  • boleh disesuaikan mengikut persekitaran
  • inovatif


iii. dengan menekankan

  • sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
  • sifat menghormati maruah insan
  • penglibatan masyarakat


MISI JKN SABAH
Untuk Merealisasikan Visi Jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan yang lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh angota-angota yang mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang lebih bermutu.



Visi KKM / JKN

Visi KKM
Negara mengembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

Visi JKN Sabah
Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di negeri Sabah prihatin dan melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan dalam pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.



Objektif JKN

Melaksanakan program - program kementerian dengan pembekalan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian di peringkat Negeri dan Daerah bagi meninggikan taraf kesihatan rakyat supaya mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan - perkhidmatan yang bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan dengan memberi tekanan kepada golongan - golongan yang kurang bernasib baik.

Read 8557 times
Text Size