awamjknsswasta
 
PKN Sabah



Perutusan Pengarah

YBHG. DATUK DR. CHRISTINA RUNDI
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Terlebih dahulu, sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit ICT JKN Sabah dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembangunan Portal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ini.

Pada masa kini, tidak dinafikan Portal memainkan peranan yang amat penting kepada semua agensi-agensi kerajaan sebagai medium penyaluran maklumat secara online kepada kakitangan mahupun orang awam. Capaian secara online adalah satu teknologi yang sedang berkembang dengan pesat sejajar dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar dikalangan isi rumah di seluruh negara.

Dengan adanya Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Negeri Sabah ini, diharap akan membolehkan orang awam mahupun kakitangan kerajaan mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datuk Dr. Christina Rundi
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Read 11170 times Last modified on Khamis, 01 Disember 2016 09:19
More in this category: Pengurusan Atasan »
Text Size