awamjknsswasta
 
Selasa, 28 Mac 2017 16:25

PERMOHONAN PENEMPATAN PEGAWAI PERUBATAN BARU JKNS (BUKAN PAKAR)

Written by

PENEMPATAN


Untuk mendapatkan penempatan di JKNS bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) yang baru, sila emelkan butiran berikut ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan penempatan akan diberikan melalui emel tersebut.

Butir-butir:

1) Nama Penuh:
2) No. Kad Pengenalan:
3) No. telefon:
4) Tarikh lapor diri:
5) Tarikh Penangguhan (jika ada):
6) Hospital/ Jabatan/ Bidang yang diminati:
7) Peperiksaan yang telah lulus: contohnya MRCP, MRCS dan lain-lain (sila sertakan keputusan di dalam emel)

Penempatan bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) akan diberikan berdasarkan minat pemohon. Walau bagaimanapun, kepentingan perkhidmatan akan didahului.

RAYUAN PENEMPATAN


Boleh dibuat melalui emel yang sama sebanyak sekali sahaja.
Lampirkan dokumen-dokumen yang relevan contohnya laporan perubatan terkini, surat kahwin, surat beranak untuk anak-anak di bawah jagaan.

PENANGGUHAN


Permohonan penangguhan lapor diri (maksimum 14 hari daripada tarikh kuatkuasa) boleh berhubung dengan Puan Fitrie Iqyannie Bt Jasni di talian JKNS (088-512555, ext 742).

Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Bahagian Perubatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Read 324 times Last modified on Selasa, 28 Mac 2017 16:45
Text Size