awamjknsswasta
 
Rabu, 19 September 2018 12:12

PERMOHONAN PENEMPATAN PEGAWAI PERUBATAN BARU JKN SABAH (BUKAN PAKAR)

Written by

PENEMPATAN

Untuk mendapatkan penempatan di JKN Sabah bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) yang baru, sila emelkan butiran berikut ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan penempatan akan diberikan melalui emel tersebut.

Butir-butir:

1) Nama Penuh:
2) No. Pendaftaran Penuh MMC (sila lampirkan sijil):
3) No. Kad Pengenalan:
4) No. telefon:
5) Tarikh lapor diri:
6) Tarikh Penangguhan (jika ada):
7) Hospital/ Jabatan/ Bidang yang diminati:
8) Peperiksaan yang telah lulus: contohnya MRCP, MRCS dan lain-lain (sila sertakan keputusan di dalam emel)
9) Tempat Latihan Siswazah:
10) Nyatakan semua posting yang telah dilalui semasa housemenship dan tarikh:
11) Sila lampirkan keputusan SPM.

Sila ambil maklum bahawa emel akan dibalas selepas maklumat yang LENGKAP diperolehi. Penempatan bagi Pegawai Perubatan (Bukan Pakar) akan diberikan berdasarkan minat pemohon dan kekosongan/keperluan perkhidmatan. Pemohon seharusnya lapor diri ke Bahagian Perubatan, JKN Sabah (Tingkat 3, Rumah Persekutuan) dan Bahagian Pengurusan, JKN Sabah (Tingkat 1, Rumah Persekutuan) pada tarikh kuat kuasa yang disebut dalam surat penempatan KKM. Pemohon tidak digalakkan untuk membeli tiket penerbangan ke destinasi yang seterusnya pada hari yang sama untuk mengelakkan kesuntukan masa.

RAYUAN PENEMPATAN (DALAM JKN SABAH)

Boleh dibuat melalui emel yang sama sebanyak sekali sahaja dengan alasan yang kukuh.
Sila lampirkan dokumen-dokumen yang relevan contohnya laporan perubatan terkini, surat kahwin, surat beranak untuk anak-anak di bawah jagaan.

RAYUAN PENEMPATAN (PERINGKAT KKM)

Sekiranya rayuan penempatan di peringkat KKM telah berjaya, sila maklumkan ke Bahagian Perubatan JKN Sabah melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PENANGGUHAN

Permohonan penangguhan lapor diri boleh berhubung dengan Puan Azlina Binti Osman (Unit Pertukaran dan Perjawatan, Bahagian Pengurusan, JKN Sabah) di talian JKNS (088-512555 ext. 355) atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Penempatan akan dimaklumkan melalui emel. Semua emel yang telah diterima di mojkns@gmail akan dibalas secepat mungkin. Mohon bersabar.

Sekian untuk makluman dan terima kasih.

Bahagian Perubatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Read 712 times Last modified on Isnin, 01 Oktober 2018 11:47
Text Size