Image
Image
25 May

BAHAGIAN KESIHATAN AWAM

   
Dr. Asits bin Sanna
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam)

 

OBJEKTIF OPERASI

Untuk membekalkan satu perkhidmatan kesihatan yang baik dan berkesan di dalam bidang pencegahan, pengawalan, rawatan dan penggalakkan terutama kepada penduduk-penduduk di luar bandar dan menggalakkan mengekalkan taraf kesihatan yang optimum serta mengelakkan dari berlaku.

 

SEKSYEN / UNIT

  • Unit Perkembangan Kesihatan Awam
  • Unit Pembangunan Kesihatan Keluarga
  • Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit
  • Unit Pemakanan
  • Unit Promosi Kesihatan 
  • Unit Inspektorat & Perundangan
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan Kesihatan Awam
  • Unit Kejururawatan Kesihatan Awam
  • Unit Pentadbiran
  • Pejabat Kesihatan Kawasan 
  • Pejabat Kesihatan Daerah
  • Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu
25 May

 

BAHAGIAN PERUBATAN

Datuk Dr. Abd. Kahar Bin Abd. Asis
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan)

   
Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah bertanggungjawab mengkordinasi, menyelaras, memudahcara, memantau pelaksanaan program rawatan perubatan yang meliputi perkhidmatan diagnostik, rawatan pemulihan serta penggalakan dengan cekap dan berkesan di semua hospital-hospital di Negeri Sabah.
 

OBJEKTIF

 

Memastikan perkhidmatan pengurusan bahagian perubatan dilaksanakan di semua peringkat dengan cekap, berkesan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

MISI

 

Berusaha memastikan perkhidmatan perubatan yang disediakan adalah berkualiti, cekap, berkesan dan memenuhi kehendak pelanggan.

OBJEKTIF KHAS

  • Memastikan pengurusan perubatan klinikal mengikut ‘Clinical Practice Guidline’ yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua anggota diberi peluang untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing.
  • Memastikan pengurusan kewangan, perolehan dan pembangunan mematuhi tatacara yang sedia ada.
  • Mengumpul, mengolah dan mengeluarkan laporan mengenai data-data yang diterima mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua anggota mempunyai kemahiran asas komputer.
  • Memastikan aktiviti kualiti penjagaan pesakit dilaksanakan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
  • Memastikan semua pengamal perubatan swasta mematuhi Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1988.
  • Semua aduan akan dilakukan penyiasatan dengan serta merta.

UNIT

 
  • Unit Amalan Perubatan
  • Unit Rekod Perubatan
  • Unit Perkembangan Perubatan
  • Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari
  • Unit Penolong Pegawai Perubatan (Bahagian Perubatan)

BAHAGIAN PENGURUSAN

   
  En. Jackson Taguah
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan)

 

Bahagian ini bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan untuk merancang, membekal dan mempertingkatkan perkhidmatan-perkhidmatan melibatkan pengurusan sumber manusia, kewangan, khidmat pengurusan, pembangunan, teknologi maklumat, perolehan, aset dan stor, serta psikologi dan kaunseling bagi memastikan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia dapat dicapai.

OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan sumber manusia ditadbir secara efektif dan efisien;
  • Memastikan sumber kewangan diurus dengan telus dan berintegriti;
  • Memastikan hal ehwal pentadbiran am diuruskan dengan cekap dan teratur;
  • Memastikan perancangan dan pembangunan fasiliti kesihatan dilaksanakan secara mampan selaras dengan kehendak stakeholder; 
  • Memantapkan penyampaian perkhidmatan berteraskan penggunaan teknologi maklumat terkini;
  • Memastikan pengurusan perolehan dan aset dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berintegriti;
  • Memberikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk mempertingkatkan kesihatan mental di kalangan anggota kesihatan bagi menggalakkan anggota yang berjiwa dan minda sihat. 

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mengamalkan etika kerja bertanggungjawab, cekap, integriti dan berinovasi.

SEKSYEN/UNIT

 

1. Seksyen Sumber Manusia (SM)

  • Unit Perkhidmatan 
  • Unit Perjawatan & Pertukaran
  • Unit Tatatertib
  • Unit Latihan 
2. Seksyen Kewangan & Khidmat Pengurusan (KP)
  • Unit Kewangan & Akaun
  • Unit Khidmat Pengurusan
3. Seksyen Aset & Perolehan (AP)
  • Unit Perolehan
  • Unit Aset
4. Seksyen Pembangunan (P)
  • Unit Pengurusan Projek dan Kewangan
  • Unit Penyewaan dan Pengurusan Tanah
5. Seksyen Teknologi Maklumat (TM)
  • Unit Pengurusan & Pelaksanaan Aplikasi
  • Unit Pusat Data & Keselamatan ICT
  • Unit Operasi
  • Unit Inovasi & Latihan
6. Seksyen Psikologi & Kaunseling (PK)
  • Unit Penilaian & Pembangunan Personnel
  • Unit Penilaian & Intervensi
  • Unit Audit Dalam 
 
25 May

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

     
Warga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berjanji akan memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi dan dilaksanakan dengan berkesan :
     
i.   Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas.
 
ii.  Setiap pelanggan boleh mendapat penerangan, penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diperlukan.
 
iii. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan selesa.
 
iv.  Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan selesa.
 
v.   Setiap pelanggan akan dilayan dalam tempoh 5 minit sebaik tiba untuk berurusan di bahagian masing-masing.
25 May

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Objektif

Membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif. Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

 

Visi

Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

 

Misi

Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:

i) untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
• mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
• menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
• mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii) untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
• mengutamakan pelanggan
• saksama
• tidak membebankan
• cekap
• wajar mengikut teknologi
• boleh disesuaikan mengikut persekitaran
• inovatif

iii) Dengan menekankan terhadap etika perkhidmatan:
• sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
• sifat menghormati maruah insan
• penglibatan masyarakat

 

JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

 

Objektif

Melaksanakan program-program kementerian dengan pembekalan perkhidmatan perubatan, kesihatan dan pergigian di peringkat Negeri dan Daerah bagi meninggikan taraf kesihatan rakyat supaya mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dengan menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap dan berkesan dengan memberi tekanan kepda golongan-golongan yang kurang bernasib baik. 

Visi

Menjadikan setiap individu, keluarga dan masyarakat di negeri Sabah prihatin dan melibatkan dalam penjagaan kesihatan dalam pembentukan masyarakat yang sihat sejahtera.

Misi

Untuk merealisasikan Visi jabatan melalui peningkatan promosi kesihatan dan pencegahan yang lebih berkesan, perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang berkualiti oleh anggota-anggota yang mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar dengan semua sektor demi kehidupan yang bermutu. 

22 May

PERUTUSAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH

   
YBhg. Datuk Dr. Christina Rundi
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah

 

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Terlebih dahulu, sekalung penghargaan diucapkan kepada Seksyen Teknologi Maklumat JKN Sabah dan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam pembangunan Portal Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ini.

Pada masa kini, tidak dinafikan Portal memainkan peranan yang amat penting kepada semua agensi-agensi kerajaan sebagai medium penyaluran maklumat secara online kepada kakitangan mahupun orang awam. Capaian secara online adalah satu teknologi yang sedang berkembang dengan pesat sejajar dengan sasaran kerajaan untuk meningkatkan penembusan jalur lebar dikalangan isi rumah di seluruh negara.

Dengan adanya Portal Rasmi Jabatan Kerajaan Negeri Sabah ini, diharap akan membolehkan orang awam mahupun kakitangan kerajaan mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini mengenai Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datuk Dr. Christina Rundi
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

27 Jun

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,
Tingkat 1, 3 & 6, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh, 88590
Kota Kinabalu, Sabah.

Tel : 088-512 555, 088-265 960, Faks : 088-221 477

 

 

Bahagian Ibu Pejabat Alamat No. Tel & No. Faks
Bahagian Pengurusan

Tingkat 1 & 3 , Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah.

088512555
Bahagian Perubatan Tingkat 3, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah. 088512555

Bahagian Kesihatan Awam

Tingkat 1, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah. 088512555
Bahagian Pergigian Tingkat 1, Bangunan Sabah India Association (SIA), 88590 Kota Kinabalu, Sabah. 088512555
Bahagian Perkhidmatan Farmasi Tingkat 6, Rumah Persekutuan,Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah. 088512555
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Tingkat 5, Wisma BSN, Jalan Kemajuan, Karamunsing, 88000, Kota Kinabalu  088248201
Bahagian Kejuruteraan Jalan Kopungit Kota Kinabalu. 088260430 
Kejururawatan Tingkat 3, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah.   088512555 
Penolong Pegawai Perubatan Tingkat 3, Rumah Persekutuan, Jalan Mat Salleh, 88590 Kota Kinabalu, Sabah. 088512555 
 

 

PENAFIAN :
JKN Sabah dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Hakcipta Terpelihara @ 2018 - Jabatan Kesihatan Negeri Sabah | Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768