




BEAUFORT 13 April 2025 - Hospital Beaufort melakar sejarah tersendiri pada 13 April 2025 pada Ahad lalu dengan meraikan sambutan ulang tahunnya yang ke-40 sejak penubuhannya secara rasmi pada 13 April 1985.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk menghargai sumbangan mantan pengarah, pesara serta warga kerja terdahulu dan semasa, malah turut menampilkan pencapaian hospital dalam memperkukuhkan sistem kesihatan di kawasan pedalaman Sabah.
Dengan tema sambutan kita tahun ini, βCelebrating 40 Years of Excellence: Kesihatan Anda, Kejayaan Kamiβ, majlis disambut meriah dengan kehadiran wakil rakyat, antaranya Yang Berhormat Datuk Hj. Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) Merangkap ADUN N.34 Lumadan dan Yang Berhormat Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Pengerusi Lembaga Pengarah (RISDA) Semaian dan Landskap Sdn. Bhd. Merangkap Ahli Parlimen P.177 Beaufort.
Sejak 1985, Hospital Beaufort telah berkembang daripada sebuah hospital daerah kepada sebuah Hospital Pakar Minor, dan kini berfungsi sebagai Ketua Kluster bagi Hospital Sipitang dan Hospital Kuala Penyu. Hospital ini kini menyediakan tujuh (7) kepakaran klinikal utama bagi memenuhi keperluan perubatan komuniti secara menyeluruh dan berkualiti, ini termasuk Perubatan, Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, Anestesiologi, Radiologi, Orthopedik dan Pembedahan selaras dengan keperluan komuniti dan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperluaskan akses kesihatan berkualiti di luar bandar.
Pengarah Hospital Beaufort, dalam ucapan alu-aluannya, turut menegaskan hala tuju hospital yang kini dalam persiapan untuk memperoleh pensijilan akreditasi, selaras dengan visi hospital untuk menjadi peneraju perkhidmatan kesihatan yang unggul, misi untuk menyediakan rawatan berkualiti dan mesra pelanggan, serta objektif memperkukuh sistem pengurusan dan mutu perkhidmatan.
Majlis hari ini juga diserikan dengan kehadiran mantan-mantan pengarah hospital termasuk Dr. Hj. Amjah Tangkim, Dr. David Mojiun dan Dr. Ridwan bin Hashim, serta pesara-pesara yang pernah menyumbang kepada pembangunan hospital. Ia merupakan manifestasi semangat penghargaan, kesinambungan dan perpaduan antara generasi warga kesihatan.
Sambutan ulang tahun ini menjadi simbol penghargaan terhadap pencapaian Hospital Beaufort selama empat dekad serta iltizam berterusan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan sejajar dengan keperluan komuniti setempat.
Ia juga mencerminkan semangat kerjasama antara pihak hospital, wakil rakyat, sukarelawan/ persatuan/ pertubuhan, jabatan dan agensi-agensi persekutuan/ negeri serta warga kesihatan dalam memperkukuh sistem kesihatan daerah secara inklusif dan mampan.
Kejayaan ini tentunya tidak dapat dicapai tanpa dedikasi dan komitmen luar biasa daripada semua pihak.
Pihak hospital ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan memainkan peranan dalam membentuk Hospital Beaufort selama ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
π»πππππ πππππ ππππππ ππππππ π ππππππππππ π ππππππ π ππππππππππ ππππππππππ πππ.


