
Unit Dewan Bedah
Pengenalan
Perkhidmatan Unit Dewan Bedah adalah salah satu perkhidmatan klinikal yang terdapat di Hospital Beaufort bagi menyediakan kemudahan pembedahan dan prosedur diagnostic kepada pesakit.
Unit Dewan Bedah Hospital Beaufort yang mempunyai 2 Bilik pembedahan terletak dibangunan blok di aras satu bersebelahan dengan Wad Lelaki (Bunga Melur 1) dan Wad Kanak-Kank (Bunga Melur 3)
Objektif
- Menentukan pentadbiran Dewan Bedah berjalan dengan licin dan menjamin taraf teknik Anesthesia dan rawatan pembedahan bermutu tinggi setiap masa.
- Merancang program latihan dan memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada setiap anggota bagi menambahkan pengetahuan serta kemahiran.
Visi
Dewan Bedah akan wujud sebagai sebuah Unit yang terdiri daripada anggota yang mahir untuk melaksanakan tugas dengan efisien, berupaya berubah mengikut persekitaran serta serasi pelanggan dengan mengutamakan kualiti dan peningkatan taraf kesihatan serta menghormati martabat insan.
Misi
Mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan pelanggan serta menghargai kesihatan sebagai aset yang penting dan mengambil langkah positif meningkatkan serta mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
Piagam Pelanggan
- Kes elektif yang dibatalkan hendaklah kurang daripada< 10%
- Kurangkan masa menunggu bagi kes kecemasan 1% dalam tempoh 24 Jam
Bermula pada 1 Februari 2023, Hospital Beaufort telah memulakan perkhidmatan Kepakaran Pembedahan Am dengan penempatan Pakar Bedah Am secara tetap di Hospital Beaufort
Permulaan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Am secara residen ini membolehkan perkhidmatan rawatan kepakaran yang lebih menyeluruh baik dari segi diagnostik mahupun terapeutik disediakan di Hospital Beaufort dengan menawarkan perkhidmatan rawatan pesakit dalam (kepakaran pembedahan), sesi Klinik Pakar Pembedahan Am & sesi pembedahan elektif yang lebih kerap, serta sebagai asas untuk memulakan pelbagai bidang sub kepakaran pembedahan lain seperti Colorectal surgery, Breast & Endocrine surgery dan sebagainya, di samping perkhidmatan pembedahan kecemasan sedia ada yang ditawarkan di Hospital Beaufort.
Permulaan perkhidmatan kepakaran Pembedahan Am di Hospital Beaufort ini membolehkan rawatan pembedahan yang lebih rumit atau kompleks dapat dilaksanakan dan usaha ini juga selari dengan usaha program Global Surgery Initiative yang bertujuan untuk mengoptimakan tahap kebolehcapaian kepada perkhidmatan rawatan pembedahan yang berkualiti dan selamat.