Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Bersama Hentikan Wabak Covid-19
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya



Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Beaufort
 Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
Image

Unit Kejuruteraan Operasi

Pengenalan

Unit Kejuruteraan dan Operasi Hospital Beaufort terletak di Blok G iaitu bangunan Unit Dietitik dan Sajian dan dianggotai oleh Jurutera Operasi, Penolong Jurutera Operasi dan Pembantu Tadbir.

Objektif

a. Memantau perlaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pengurusan fasiliti, perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa penjagaan kesihatan, kejuruteraan fasiliti dankejuruteraan biomedikal agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

b. Untuk melindungikepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna hospital dengan memastikan keperluan di dalam perjanjian konsesi dipenuhi.

c. Memastikan Khidmat Sokongan Hospital yang diberikan adalah cekap dan selamat.

Visi

Menjadi sebuah unit yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pelbagai bidang yang menjurus kepada menjadikan institusi perubatan sebuah institusi yang cekap dan efision dalam persekitaran yang kondusif dan selamat serta moden.

Misi

Sentiasa berusaha untuk memastikan penswastaan khidmat sokongan hospital yang diberi oleh syarikat konsesi memberi manfaat yang sepenuhnya kepada institusi kesihatan khususnya dan dapat membantu menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bermutu tinggi kepada pelanggan amnya.

Skop Perkhidmatan

Unit Kejuruteraan Operasi Hospital bertanggungjawab dalam

a. Mengawal selia pelaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) oleh syarikat konsesi supaya mematuhi keperluan perjanjian konsesi.

b. Menguruskan proses mobilisasi PSH bagi fasiliti kesihatan (hospital) baru.

c. Memastikan pendaftaran aset dan sistem kejuruteraan bawah PSH dilaksanakan dengan teratur dalam sistem ASIS.

d. Memastikan pengoperasian peralatan, sistem kejuruteraan, infrastruktur tidak terjejas.

e. Memberikan khidmat nasihat tenikal dan mencadangkan langkah penyelesaian terhadap aduan berkaitan PSH.

Skop Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) 

Melibatkan 6 perkhidmatan seperti di bawah :-

a. FMS: Facilities Management Services

Mengawal selia pengurusan dan penyelarasan PSH yang merangkumi Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Linen and Laundry Services (LLS), Healthcare Waste Management Services (HWMS) and Cleansing Services (CLS) bagi memastikan Hospital Kontrak dapat beroperasi dengan baik dan selamat.

b. FEMS: Facilities Engineering Maintenance Services

Mengawalselia penyelenggaraan semua sistem kejuruteraan mekanikal dan elektrik serta sistem kejuruteraan awam termasuk bangunan, jalan, longkang, bekalan air, sistem pembetungan paip kebersihan serta tanah dan landskap di Hospital.

c. BEMS: Biomedical Engineering Services

Mengawalselia penyelenggaraan semua peralatan bioperubatan dan peralatan lain yang berkaitan dan bersekutu yang akan digunakan di Hospital

d. CLS: Cleansing Services

Mengawal selia pembersihan wad, klinik dan kawasan-kawasan lain di dalam Hospital Kontrak termasuk pembersihan dewan bedah, makmal, farmasi dan kawasan sekeliling Hospital Kontrak.

e. LLS: Linen and Laundry Services

Mengawalselia pengumpulan linen, pemprosesan dobi, pengedaran dan bekalan linen di Hospital Kontrak.

f. HWMS: Healthcare Waste Management Services

Mengawalselia pengumpulan, penyimpanan, pengangkutan, rawatan dan pelupusan sisa klinikal/bahan buangan terjadual/sisa pepejal terkawal di Hospital Kontrak.

Piagam Pelanggan

  • Maklumbalas dari penerimaan aduan yang kritikal akan ditangani dan disiasat bagi mengurangkan halangan dalam proses kerja harian pihak hospital dalam masa sehari
  • Aduan bertulis (surat aduan) akan diberikan maklumbalas dalam tempoh waktu bekerja dalam masa sehari
  • Aduan awam (umum) yang kurang kritikal akan ditangani dengan profesional dalam masa 2 hari tempoh waktu bekerja