Unit Keselamatan Perlindungan
Pengenalan
Unit Keselamatan Perlindungan Hospital Beaufort bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat keselamatan perlindungan meliputi perkara-perkara keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.
Selain daripada itu, ia juga berperanan membantu pihak hospital melaksanakan pemeriksaan keselamatan khususnya terhadap pengukuhan keselamatan fizikal serta pemantauan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan
Objektif
Menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluarkan dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.
Visi
Unit Keselamatan Perlindungan adalah pusat rujukan berkenaan dengan keselamatan perlindungan.
Misi
- Meningkatkan pengetahuan keselamatan perlindungan kepada semua kakitangan hospital.
- Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan.
- Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Keselamatan Perlindungan.
- Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua kakitangan hospital.
- Meminimakan pelanggaran keselamatan di hospital.
Piagam Pelanggan
- Setiap aduan/ kes atau masalah akan disiasat dan dinilai untuk kesahihan dalam masa 1 jam
- Setiap aduan/ kes atau masalah yang diterima dan sahih akan diproses untuk penyelesaian dalam tempoh 3 hari masa bekerja
- Memberi maklum balas kepada pelanggan berhubung aduan/ kes atau masalah yang dibuat dalam tempoh 7 hari waktu bekerja pejabat.