Unit Kewangan dan Hasil
Pengenalan
Fungsi Unit Kewangan adalah untuk menyelengara belanjawan Hospital seperti menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan Hospital Beaufort.
Antara skop perkhidmatan Unit Kewangan ialah penyediaan laporan berkaitan kewangan, penyediaan pembayaran gaji, pembayaran tuntutan, pembayaran perolehan dan pembayaran perkhidmatan kontrak
Manakala Fungsi Unit Hasil adalah berperanan untuk mengurus segala kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital dibawah Unit Hasil.
Objektif Unit Kewangan
- Mempastikan peruntukan perbelanjaan mengurus mencukupi.
- Mengawal dan berbelanja mengikut peruntukan yang dibenarkan.
- Mempastikan semua bayaran perkhidmatan dibuat dengan cepat mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
- Mengawal pembelian dan perkhidmatan, pembaikan serta penyelenggaraan menggunakan pesanan kerajaan mengikut keperluan semasa.
- Membahagikan peruntukan mengurus (emolument dan perkhidmatan bekalan) mengikut keperluan aktiviti
Objektif Unit Hasil
- Memastikan semua caj hospital telah dibayar / dikecualikan.
- Membuat kawalan ke atas hasil hospital dan buku tunai.
- Membuat kawalan terhadap resit-resit yang belum dan telah digunakan.
- Memastikan kutipan hasil dibankkan setiap hari.
- Memastikan tunggakan hasil diselenggarakan dengan kemaskini
Piagam Pelanggan Unit Kewangan
- Memproses baucar bayaran tuntutan pegawai, bayaran bil-bil, baucar bayaran kontrak dan baucar bayaran pesanan tempatan dari tarikh dokumen diterima lengkap dan kedudukan peruntukan semasa dalam masa 14 hari
- Menyediakan waran perjalanan udara awam Bagi pegawai dari tarikh borang permohonan diluluskan dalam masa 2 hari
- Memproses perubahan gaji dari tarikh kew.8 atau dokumen-dokumen perubahan gaji yang lain lengkap diterima dalam masa 3 hari
WARAN PERUNTUKAN :-
- Menguruskan pemberian waran peruntukan asal / tarik balik kepada JKNS - 3 hari bekerja.
LAPORAN :-
- Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan Kemukakan kepada JKNS - Sebelum 5hb pada bulan berikutnya.
- Menyediakan Laporan Pembayaran bil 2 kali sebulan dan dihantar kepada JKNS - 2hb & 16hb setiap bulan.
- Menyediakan Laporan Bulanan pembayaran yuran perkhidmatan sokongan & hantar ke JKNS / KKM - Setiap bulan.
- Menyediakan Laporan Hasil dan dikemukakan kepada JKNS - Sebelum 5hb pada bulan berikutnya.
PESANAN TEMPATAN :-
- Menyediakan Pesanan Tempatan (LO) pembelian terus kepada pembekal selepas menerima permohonan yang lengkap dan diluluskan oleh pegawai yang diberi kuasa sebagai pelulus - 3 hari bekerja.
- Menguruskan perolehan secara sebut harga - 3 bulan.
TUNTUTAN PERJALANAN / ELAUN LEBIH MASA :-
- Memproses tuntutan yang lengkap dengan dokumen sokongan dan diperakukan (tandatangan penyelia / pegawai atasan) - 7 hari bekerja.
BAUCER BAYARAN BIL-BIL / TUNTUTAN :-
- Memproses bil-bil tuntutan yang lengkap daripada pembekal beserta dokumen berkaitan untuk tujuan bayaran - 7 hari bekerja.
- Memproses baucer bayaran yang lengkap dengan dokumen sokongan bagi bayaran faedah kewangan yang lain - 7 hari bekerja.
- Memproses tuntutan perpindahan rumah mengikut pekeliling perkhid. bil.10/1989, bil.9/1991 dan Pekeliling Perbendaharaan bil.4/1995 serta dokumen lengkap beserta surat kelulusan JPA/JKNS - 3 hari bekerja.
GAJI :-
- Memproses perubahan gaji dan kemukakan kepada Jabatan Akauntan Negara Malaysia cawangan Sabah - setiap bulan.
- Memproses baucer bayaran gaji bagi pekerja sambilan dengan dokumen sokongan yang lengkap - setiap bulan.
Piagam Pelanggan Unit Hasil
- Menyediakan bil hospital dari penerimaan kepingan caj dalam masa 10 minit
- Mengeluarkan resit rasmi online atau manual selepas bayaran diterima dalam masa 5 minit
- Memproses bayaran balik baki deposit dari penerimaan resit asal pesakit yang telah discaj 15 minit
Setiap pelanggan yang datang berurusan akan dilayan dengan sopan, hormat, bertimbangrasa, mesra dan berhemah.
- Bayaran caj dikenakan berdasarkan Akta Fi (Perubatan) Pindaan 1994 dan 2003 (Warga Asing).
- Pengecualian bayaran akan diberikan kepada pesakit yang layak sahaja dan dirujuk ke Pegawai Kerja Sosial, jika perlu.
Perkara | Masa diambil |
Penyediaan bil hospital online atau manual | 15 minit |
Terima bayaran dan Resit Rasmi dikeluarkan secara online atau manual | 5 minit |
Bayaran balik baki wang deposit hospital (dari penyerahan Resit asal) | 10 minit |
Pengecualian bayaran penuh atau sebahagian | 10 minit |
Pengeluaran surat akuan jabatan (e-GL melalui HRMIS) | 10 minit |
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGECUALIAN BAYARAN :
- Surat Akuan Jabatan atau Kad Pesara.
- Surat Pengesahan Pelajar Sekolah (Warganegara sahaja).
- Kad Bantuan Kebajikan.
- Kad Orang Kurang Upaya (OKU).
- Kad Penderma Darah (mengikut kelayakan tarikh akhir dan bilangan kali menderma - diri sendiri sahaja).
- Borang Penyakit Berjangkit - disahkan oleh doktor (Warganegara dan Warga Asing).
- Borang / Surat Pengesahan Tahanan Polis dan Imigresen.
NOTA PENTING !!
Setiap pelanggan yang membuat bayaran perlu memastikan menerima Resit Rasmi cetakan online atau manual dan memeriksa baki wang yang diterima adalah betul.