Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Unit Kualiti Hospital Beaufort

 Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
Image

Unit Kualiti

Pengenalan

Unit Kualiti Hospital Beaufort telah ditubuhkan pada bulan April 2002. Ia memainkan peranan dalam pemantauan dan mengawal selia semua aktiviti kualiti Hospital Beaufort bagi tujuan pengekalan aktiviti kualiti Hospital secara berterusan

Dalam kata lain, Unit Kualiti berfungsi sebagai Pusat Penyelarasan semua aktiviti-aktiviti kualiti yang dilaksanakan mengikut ketetapan Hospital Beaufort, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKN Sabah) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Unit Kualiti Hospital merupakan Pusat Rujukan kepada seluruh Warga Kerja Hospital Beaufort.

Visi

Unit Kualiti akan menjadi Pusat Sumber dalam peningkatan aktiviti Hospital Beaufort

Misi

Unit Kualiti Hospital Beaufort berhasrat untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang melalui penglibatan dalam pelbagai jenis aktiviti peningkatan kualiti.

Objektif

Unit Kualiti berperanan penting untuk mengendalikan semua aktiviti Hospital supaya perkhidmatan atau produk dihasilkan mempunyai kualiti yang mematuhi piawan yang ditetapkan oleh Hospital Beaufort, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana boleh dibanggakan oleh semua warga .

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan maklumbalas atau laporan pencapaian Hospital dalam masa 3 hari
  • Menghantar laporan pencapaian HPIA/KPI Hospital ke Unit Kualiti Perubatan JKN Sabah setiap bulan


Skop Perkhidmatan

Unit Kualiti menyediakan perkhidmatan seperti berikut:-

  • Mengawasi perlaksanaan dan memantau semua aktiviti peningkatan kualiti seperti yang ditetapkan oleh Hospital Beaufort, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjadi urusetia aktiviti kualiti dan bekerjasama dengan pihak pengurusan mengenai perkara - perkara yang perlu penambahbaikan.
  • Menjadi urusetia Hospital Performance Indicators For Accountability (HPIA) yang dipantau dan menghantar laporan pencapaian HPIA kepada Kementerian Kesihatan Malaysia melalui JKNS mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Bekerjasama merancang aktiviti kualiti seperti audit dalaman,Hari Kualiti, Hari keluarga, Hari bersama pelanggan dan lain-lain yang berkaitan dengan kualiti.
  • Mengenalpasti dan menganalisa pencapaian semua aktiviti peningkatan kualiti melalui laporan Shortfall in Quality dan tindakan penambahbaikan yang telah diambil.
  • Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
  • Menyebarkan maklumat mengenai kualiti peningkatan kualiti.
  • Merancang dan melatih angota hospital dalam  perlaksanaan aktiviti kualiti.
  • Membantu penyediaan jabatan dan unit terlibat dalam urusan berkaitan pengauditan dan survey yang dijalankan samaada dalaman atau luaran.
  • Memastikan data dan maklumat keseluruhan yang terdapat di Hospital adalah yang terkini, memaklumkan melalui e-mail, telefon/whatsapp group kepada semua Ketua Unit dan wad dan maklumat data perlu dikemaskini setiap bulan dan menghantar satu salinan data dan maklumat terkini untuk disimpan di Unit Kualiti.
  • Menyelaras dan merancang takwim bagi aktiviti Hospital.
  • Menyediakan laporan perkembangan aktiviti kualiti ke JKNS mengikut masa yang ditetapkan dan juga untuk keperluan Pengarah Hospital.
  • Mendokumenkan setiap tindakan,laporan dan maklumat berkaitan.
  • Memastikan pemantauan dilaksanakan oleh pasukan audit dari masa ke semasa berdasarkan takwim pengurusan Kualiti Hospital.
  • Memberi taklimat,ceramah berkaitan Kualiti bila diperlukan.
  • Menyelaras mesyuarat pemandu kualiti dan HPIA 3 kali setahun
  • Sebagai pusat rujukan bagi aktiviti Kualiti Hospital.
  • Menyediakan Buku Laporan Kualiti Tahunan Hospital.