Unit Perolehan, Pembangunan dan Latihan
Pengenalan
Unit Perolehan, Pembangunan dan Latihan Hospital Beaufort adalah gabungan dari 3 unit utama di mana Unit Perolehan berfungsi untuk mengurus dan melaksanakan perolehan kerajaan seperti pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan pesanan tempatan. Unit Pembangunan pula mengendalikan semua perancangan dan pembangunan infrastruktur fizikal di Hospital Beaufort. Manakala Unit Latihan pula mengendalikan perancangan dan pengurusan Pelan Operasi Latihan Jabatan.
Piagam Pelanggan Unit Perolehan
- Membuat permohonan peruntukan kepada unit perancang perubatan selepas menerima permohonan lengkap pembelian aset perubatan & aset bukan perubatan atau kerja daripada ketua unit atau ketua wad dalam masa 7 hari
- Setiap permohonan pembelian terus perlu dihantar ke unit perolehan sebelum tarikh pelaksanaan dalam masa 14 hari
- Unit perolehan akan mengeluarkan pesanan kerajaan selepas diluluskan oleh pengarah dalam masa 7 hari
Piagam Pelanggan Unit Pembangunan
- Membuat permohonan peruntukan kepada unit perancang perubatan selepas menerima permohonan lengkap pembelian aset perubatan & aset bukan perubatan atau kerja daripada ketua unit atau ketua wad dalam masa 7 hari
Piagam Pelanggan Unit Latihan
- Memastikan setiap atau 80% pegawai baru lapor diri menjalani kursus orientasi
- Memastikan 90% kakitangan hospital beaufort mencapai 7 hari berkursus atau 40 cpd point dalam tempoh setahun