Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya
  



Unit Sumber Manusia dan Tatatertib Hospital Beaufort

 Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal
Image

Unit Sumber Manusia dan Tatatertib

Pengenalan

Unit Sumber Manusia dan Tatatertib merupakan salah sebuah unit di bawah Perkhidmatan Pengurusan Hospital Beaufort yang berperanan menguruskan sebahagian besar operasi pengurusan dan pembangunan sumber manusia seperti perlantikan, penamatan, kenaikan pangkat, cuti dan elaun, prestasi dan tatatertib serta kompetensi anggota bagi melahirkan anggota yang berkualiti dan produktif.

Objektif

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan teratur berdasarkan prosedur dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan / Kementerian Kesihatan Malaysia dari masa ke semasa.

Visi

Memperbaiki dan memperkemaskan tatacara pengurusan dari masa ke semasa demi mencapai kepuasan klien melalui penyelarasan Budaya Korporat dan peningkatan kualiti yang berkesan.

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan demi meningkatkan kualiti, produktiviti dan imej Hospital.

Piagam Pelanggan

  • Memproses pengesahan pelantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, pemberian taraf berpencen dan peletakan jawatan disampaikan dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh perakuan dan kelengkapan dokumen
  • Penyemakan Buku Perkhidmatan kerajaan dilakukan oleh anggota Hospital Beaufort sebanyak 2 kali setahun