Laman Web Rasmi Hospital Beaufort
Hospital Beaufort, Peti Surat 40, 89807 Beaufort Sabah pengarah.beaufort@moh.gov.my 087-212333 / 087-212334
                  
Malaysia Madani
Sabah Maju Jaya



Unit Teknologi Maklumat Hospital Beaufort
 Perkhidmatan Sokongan Bukan Klinikal

Unit Teknologi Maklumat

Pengenalan 

Unit Teknologi Maklumat Hospital Beaufort telah diwujudkan pada tahun 2008. Unit ini diwujudkan selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat (IT) di dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan di hospital-hospital kerajaan melalui projek kerajaan elektronik dan perkhidmatan elektronik kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Objektif 

  • Memberikan perkhidmatan sokongan teknikal IT dan aplikasi kepada Hospital Beaufort bagi memastikan kemudahan dan perkhidmatan IT dapat digunakan dalam membantu warga kerja Hospital Beaufort menjalankan tugas serta memberi perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. 

  • Menyediakan persekitaran IT dalam memudahkan warga kerja Hospital Beaufort memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cepat, mudah dan teratur dengan penggunaan sistem aplikasi IT. 

  • Mewujudkan pembudayaan ICT dikalangan warga kerja Hospital Beaufort dari segi proses kerja, pengendalian tugasan dan pengeluaran output. 


Visi 
Untuk membantu Hospital Beaufort, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Teknologi Maklumat (IT) bagi mencapai misinya dengan lebih cekap dan berkesan 

Misi 

  • Merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) kepada Hospital Beaufort bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan. 

  • Memberikan bantuan sokongan teknikal dan latihan IT kepada warga Hospital Beaufort bagi menjamin perkhidmatan kepada pihak pelanggan dapat diberikan dengan cekap dan berkesan. Mengoptimumkan penggunaan IT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya IT di kalangan warga Hospital Beaufort 


Piagam Pelanggan
Penyelesaian Aduan masalah Teknologi Maklumat dalam masa 2 hari dari tarikh aduan aduan diterima jika tidak melibatkan sebarang penggantian item.


Skop Perkhidmatan dan Fungsi 

Skop perkhidmatan dan fungsi Unit Teknologi Maklumat di Hospital Beaufort adalah seperti berikut: 

  • Memberi khidmat sokongan pengguna di Hospital Beaufort untuk sebarang masalah berkaitan Teknologi Maklumat
  • Penyelarasan penyediaan infrastruktur, perkakasan dan perisian Teknologi Maklumat di Hospital Beaufort 
  • Penyelarasan dan pemantauan penggunaan perisian dan perkakasan Teknologi Maklumat, sistem dan aplikasi kerajaan elektronik, rangkaian LAN dan Internet di Hospital Beaufort
  • Menyelaras Perkongsian Pintar Sistem antara Pusat Tanggungjawab serta Pengemaskinian dan Pembangunan Sistem Aplikasi Dalaman
  • Menyelaras dan memastikan pengurusan, perolehan dan pelupusan aset Teknologi Maklumat yang teratur. 
  • Memantau agensi atau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek Teknologi Maklumat di Hospital Beaufort 
  • Memberi taklimat dan kursus kepada anggota Hospital Beaufort dalam bidang Teknologi Maklumat. 
  • Menyelaras Laman Web Hospital Beaufort
  • Membantu Pusat Tanggungjawab berdekatan yang tidak mempunyai Perjawatan ICT dalam hal-hal berkaitan Teknologi Maklumat 
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa