
Unit Farmasi dan Logistik
Pengenalan
Jabatan Farmasi & Logistik terdiri daripada beberapa unit seperti Farmasi Ambulatori atau Pesakit Luar, Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Logistik.
Farmasi Ambulatori memberikan perkhidmatan farmasi kepada pelanggan yang mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital. Manakala Farmasi Pesakit Dalam memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan pelbagai wad atau unit di hospital.
Farmasi Logistik pula bertanggungjawab dalam perolehan dan pembekalan ubat, bukan ubat, vaksin dan gas untuk kegunaan hospital dan klinik-klinik kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort.
Objektif
Memastikan pelanggan mendapat bekalan ubat yang tepat dan betul, berkualiti, selamat dan berkesan.
Memberikan kefahaman terhadap ubat – ubatan serta mempertingkatkan pengetahuan kesihatan pelanggan
Menyediakan perkhidmatan perolehan dan pembekalan yang sistematik supaya bekalan ubat – ubatan dan bukan ubat mencukupi untuk pelanggan serta tiada pembaziran
Visi
Memberi perkhidmatan Farmasi & Logistik yang optima untuk mencapai kesihatan yang baik
Misi
Menyediakan perkhidmatan Farmasi & Logistik yang berkualiti, memenuhi keperluan pelanggan dan dapat meningkatkan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan
Skop Perkhidmatan
Farmasi Ambulatori
Perkhidmatan pendispensan ubat/ ubat psikotropik kepada pesakit dari Jabatan Pesakit Luar, Unit Kecemasan & Trauma, pesakit discaj dari wad serta pesakit dari lain-lain Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added Services) seperti Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan kad temujanji.
Perkhidmatan Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) untuk membantu pesakit kronik bagi meningkatkan kepatuhan terhadap ubat-ubatan iaitu MTAC DM dan MTAC Warfarin
Farmasi Pesakit Dalam
Perkhidmatan bekalan ubat/ ubat psikotropik dan dadah merbahaya untuk kegunaan wad atau unit melalui sistem unit of use (UOU), unit of dose (UOD) dan bekalan floor stock.
Perkhidmatan Pendispensan ubat discaj secara tepi katil untuk pesakit dalam.
Perkhidmatan Farmasi Klinikal/ Wad.
Perkhidmatan sediaan galenikal (Internal / Eksternal) dan extemporaneous.
Perkhidmatan Pengeluaran dan Pra-bungkus.
Pemeriksaan Wad/ Unit.
Perkhidmatan umum
Perkhidmatan kaunseling / nasihat tentang ubat-ubatan kepada semua pesakit / waris secara individu atau berkumpulan mengikut garispanduan yang ditetapkan.
Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal/ TDM untuk pesakit luar dan pesakit dalam.
Perkhidmatan Atas Panggilan (Oncall).
Perkhidmatan maklumat ubat-ubatan dan racun untuk pesakit, pelanggan hospital dan anggota hospital.
Pelaporan dan pemonitoran Kesan Advers Ubat (Adverse Drug Reaction) dan vaksin (Adverse Event Following Immunisation) serta alahan ubat.
Farmasi Logistik
Perkhidmatan perolehan dan pembekalan stok ubat, bukan ubat, vaksin dan gas.
Perolehan
Penerimaan
Penyimpanan
Pembekalan
Pembayaran
Pemeriksaan Stok -Pengiraan Stok, Verifikasi stor, Pelarasan stok
Aduan Produk
Panggil balik produk
Pelupusan
Kehilangan dan hapus kira
Piagam Pelanggan
- Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan bagi preskripsi yang lengkap diterima dalam masa 30 minit
- Semua pelanggan yang berdaftar dengan sistem temujanji farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang ditetapkan
UNIT FARMASI PESAKIT LUAR
a) Memastikan ubat-ubatan yang betul dibekalkan tidak melebihi 30 minit
bagi preskripsi yang lengkap diterima.
b) Memastikan pelanggan yang berdaftar dengan Sistem Temujanji Farmasi mendapat bekalan ubat susulan pada tarikh yang dijanjikan.
UNIT FARMASI PESAKIT DALAM
a) Memastikan pembekalan ubat ke wad/unit bagi preskripsi / pesanan yang lengkap diterima dalam tempoh masa 1½ jam dalam waktu pejabat.
UNIT FARMASI LOGISTIK
a) Membekalkan item standard kepada pemesan tidak melebihi 7 hari bekerja selepas pesanan yang lengkap diterima.
b) Membekalkan item bukan standard kepada pemesan selepas pesanan yang lengkap diterima, tidak melebihi 7 hari bekerja selepas bekalan diterima di Unit Farmasi Logistik.
Waktu Perkhidmatan
Unit Farmasi beroperasi di Unit Farmasi Pesakit Luar, Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Farmasi Mini Kecemasan selepas waktu pejabat.
Waktu perkhidmatan Unit Farmasi
HARI BERKERJA | MASA (Unit Farmasi) | MASA (Farmasi Mini Kecemasan) |
Isnin - Jumaat | 7:30 pagi – 5:00 petang | 5:00 petang – 7.30 pagi |
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am | 8:00 pagi – 4:00 petang | 4:00 petang – 8.00 pagi |
Waktu Perkhidmatan Unit Farmasi Logistik
HARI BERKERJA | MASA (Waktu Pejabat) |
Isnin - Khamis | 8:00 pagi – 1:00 petang |
2:00 petang – 5:00 petang | |
Jumaat | 8:00 pagi – 11:30 pagi |
2:00 petang – 5:00 petang | |
Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am | Tutup |